Baru-baru ini, telah tersebar satu gambar model SUV yang dipercayai merupakan model baharu yang bakal dikeluakan oleh syarikat Automotif Perodua, yang diberi nama Perodua Nexis.
Tekaan ini mungkin berasas memandangkan syarikat automotif Perodua telah mendaftarkan hakcipta bagi nama “Nexis” yang memberi gambaran nama ini bakal digunakan untuk model terbaru Perodua.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SUV yang mungkin bakal dikeluarkan syarikat Perodua ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Perodua Nexis
Ura-ura berkenaan model baharu kereta SUV bernama Perodua Nexis ini telah muncul apabila seorang grafik komputer, bernama Idiyaz Baharuddin, telah menghasilkan satu set gambar rupa SUV segmen B Perodua masa hadapan.
Idiyaz telah menamakan hasil kerja beliau sebagai Perodua Nexis kerana ia adalah salah satu nama yang didaftarkan Perodua tahun lepas. Kereta yang dihasilkan Idiyaz ini, mempunyai reka bentuk yang mirip dengan Toyota Yaris Cross.
Model baru yang bakal dilancarkan kelak ini dikhabarkan akan menjadi SUV segmen-B pembuat kereta itu yang akan berada di atas Ativa dalam kelasnya. Model ini juga akan menjadi pesaing hebat bagi Proton X50.
Berikut merupakan gambar model SUV yang dikongsikan oleh Idiyaz Baharuddin:
Harga Perodua Nexis
Dari sudut harga, peminat kenderaan menganggarkan bahawa Perodua Nexis ini akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga Proton X50. Perodua kod D66B ini dijangka dijual bermula daripada sekurang-kurangnya RM73,000.
Menurut peminat kereta, ia mungkin dijual dengan harga yang lebih murah bagi membolehkan SUV ini menarik perhatian lebih ramai pembeli di pasaran. Namun begitu, ingin diingatkan bahawa semua maklumat yang dibincangkan ini adalah spekulasi peminat kenderaan sahaja.
Sebarang maklumat terbaharu akan dikeluarkan apabila SUV D66B ini rasmi dikeluarkan di Malaysia.
Baca juga: PROTON X90: SUV Tebaru Dari Siri PROTON X
Tarikh Pelancaran
Seperti di bahagian harga, tarikh pelancaran Perodua Nexis ini juga adalah masih dalam fasa spekulasi penggemar kenderaan. Mereka menjangkakan kenderaan model terbaru ini akan dikeluarkan pada awal tahun 2024.
Reka Bentuk dan Spesifikasi
Daripada gambar yang dikongsikan oleh Idiyaz Baharuddin salah satu keistimewaan Perodua Nexis dari aspek reka bentuk luaran adalah perhatian kepada butiran seperti gril depan yang direka semula dan perubahan pada bahagian belakang.
Spesifikasi model D66B ini tidak dapat dinyatakan kerana ia masih tidak dirasmikan oleh Perodua sendiri. Namun model ini mungkin didatangkan dengan mod hibrid seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini oleh Presiden dan CEO Perodua yang telah memberi indikasi bahawa mereka akan melancarkan model hibrid pertama pada tahun 2024.