Advertisements

Ihsan-i: Pembiayaan Peribadi MBSB Bank (FSA2 KWSP)

Ihsan-i adalah kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan untuk
membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan
mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan
patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.

Perkara ini, selaras dengan inisiatif kerajaan yang membenarkan individu-indvidu yang layak untuk melakukan pinjaman peribadi dengan mencagarkan wang KWSP mereka.

Oleh itu, untuk mengetahui lebih lagi berkenaan hal ini teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung article

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA 2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Namun begitu, FSA2 ini hanya boleh dijalankan apabila ahli KWSP yang berkenaan telah melakukan permohonan awal bersyarat bagi Umur 50 Tahun atau 55 Tahun seperti yang termaktub dalam Akta KWSP 1991.

Pembiayaan peribadi ini akan ditadbir sepenuhnya oleh pihak bank, dan proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN), dan di MBSB Bank, ia dinamakan sebagai Ihsan-i.

ihsan-i

Ihsan-i MBSB

Seperti yang dimaklumkan, pinjaman bercagar (FSA 2) hanya boleh dilakukan di dua buah bank sahaja iaitu MBSM Bank dan Bank Simpanan Nasional, dan Ihsan-i merupakan FSA 2 di bawah pengelolaan MBSB Bank.

Ihsan-i ini secara ringkasnya merupakan kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan untuk membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan
patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif

Ihsan-i mbsb

Tarikh Permohonan

Ahli KWSP yang layak boleh mengemukakan permohonan Ihsan- i di antara 7 April 2023 (9 pagi)
hingga 14 April 2024.

Anda boleh mula layari Ihsan-i bagi membuat permohonan pinjaman anda.

Nota: Semua permohonan mesti diterima oleh pihak MBSB Bank pada atau sebelum 14 April 2024.

Syarat Kelayakan Ihsan-i MBSB

Tiga syarat utama yang perlu dipenuhi oleh individu yang ingin memohon ihsan-i adalah:

  • Semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.
  • Mesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
  • Pemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP.

Cara Permohonan Ihsan-i MBSB

Dibawah merupakan cara-cara permohonan ihsan-i MBSB Bank boleh dilakukan:

Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR dalam poster di atas.

Kadar Kelayakan

Jumlah yang dibenarkan di bawah kemudahan sokongan adalah antara minimum RM3,000 hingga maksimum RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang terdapat dalam Akaun 2 Ahli KWSP apabila permohonan dikemukakan.

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti pengeluaran pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

Ihsan-i

Walau bagaimanapun, amaun bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

Tempoh Pembayaran

Tempoh pembayaran pinjaman Ihsan-i melalui MBSB Bank minima 2 tahun dan maksima 10 tahun,

Maklumat Lanjut Ihsan-i MBSB

Maklumat berkaitan jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan akan dipaparkan dalam laman web MBSB Bank atau boleh dilihat melalui Ihsan_i (FSA 2).

Anda juga boleh menghubungi MBSB Bank melalui saluran berikut:

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.