Advertisements

Semakan Keputusan e-Rayuan Ke SBP / SMKA 2023

Bagi adik-adik yang telah melakukan rayuan kemasukkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), semakan keputusan bagi rayuan ke SBP/SMKA bakal dibuka pada 21 April 2023.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan SBP 2023

Pada 17 Mac 2023, semakan keputusan permohonan ke SBP/SMKA telah pun dikeluarkan, dan pada tarikh yang sama, adik-adik yang gagal dalam permohonan, boleh melakukan e-rayuan di pautan berikut https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4).

Namun begitu, untuk pengetahuan anda, permohonan e-rayuan ke SBP/SMKA telah pun ditutup pada 3 April 2023 yang lepas dan semakan keputusan rayuan bakal dikeluarkan dalam bulan April ini iaitu pada 21 April 2023.

semakan keputusan rayuan

Kaedah Semakan Keputusan Rayuan SBP/SMKA 2023

Seperti yang dimaklumkan semakan keputusan rayuan sudah boleh dibuat melalui URL berikut bermula 21 April 2023, di bawah merupakan cara untuk menyemak keputusan rayuan tersebut:

  1. Masuk ke pautan berikut mengikut tahap permohonan anda:
  2. Klik semak tawaran.
  3. Masukkan no. MyKad/MyKid pelajar dan no.MyKad penjaga utama
  4. Skrin akan memaparkan keputusan kelayakan anda.

*NOTA: Jika anda mendapat keputusan yang memberansangkan, pastikan anda membaca surat jawapan yang diberikan serta mencetak jawapan tersebut bagi tujuan masa hadapan.

Anda juga perlu memastikan penerimaan tawaran dan pendaftaran harus dilakukan dalam tempoh lima (5) hari selepas semakan keputusan dikeluarkan

semakan rayuan

Pakej Pelajaran Yang Ditawarkan

Adik-adik yang telah melakukan semakan keputusan dan berjaya, dibawah merupakan senarai pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP/SMKA untuk maklumat adik-adik:

Tingkatan 1

Tingkatan 4

Maklumat Lanjut

Jika anda inginkan maklumat tambahan berkenaan semakan keputusan rayuan SBP ini, anda boleh ke laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut http://www.moe.gov.my/ atau anda boleh terus hubungi pihak berkenaan:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)

ATAU;

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)

ATAU;

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.