e-Perolehan atau disebut sebagai Portal Pembekal Tabung Haji (TH) merupakan salah satu aplikasi/sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Tabung Haji (TH) melalui Internet.
Bermula tahun 2020, semua pendaftaran syarikat di TH akan dilaksanakan secara dalam talian (online).
Pelaksanaan aplikasi ini mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila mengguna pakai sepenuhnya konsep bebas kertas atau paperless.
Kod Etika Perniagaan
Kod etika perniagaan TH adalah seperti berikut:
- Jujur melaksanakan tanggungjawab
- Mematuhi undang-undang
- Menjauhi rasuah
- Mengelakkan percanggahan kepentingan dan tidak boleh memberi hadiah
- Bertanggungjawab ke atas maklumat sulit dan aset TH
- Memenuhi kepentingan kualiti piawaian dan kemahiran
- Menghindari amalan anti-kompetitif
- Menghormati individu dan masyarakat
Kod Bidang Pendaftaran TH
Kod bidang pendaftaran untuk bekalan dan perkhidmatan adalah seperti berikut:
e-Invois
Salah satu perkhidmatan yang boleh digunakan dalam sistem ini adalah serahan invois elektronik (e-Invois).
Ini bagi memberi kemudahan kepada pembekal TH bagi tujuan pendaftaran, padanan, muatnaik, serahan dan semakan status e-Invois secara atas talian.
Pendaftaran/Pembaharuan Syarikat
Untuk membuat pendaftaran atau pembaharuan syarikat menerusi sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/.
- Pilih ikon ‘e-Perolehan.’
- Klik butang ‘Saya Faham Terma & Syara Di Atas.’
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
– Butiran syarikat
– Maklumat perhubungan
– Alamat
– Jenis perniagaan
– Akaun bank - Klik butang ‘Register’ untuk mendaftar.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai e-perolehan TH, sila layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms/e-perolehan-0.