Advertisements

Permohonan Geran Padanan Pembaikan Hometsay & Hotel Bajet 2022

Advertisements

Pengusaha inap desa (homestay) dan hotel bajet yang ingin membaik pulih premis perniagaan mereka kini boleh mendapatkan geran pembaikan menerusi Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Hometsay dan Hotel Bajet 2022 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Pelaksanaan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Hometsay dan Hotel Bajet telah diumumkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Matlamat utama pemberian geran ini adalah bagi membantu pengusaha-pengusaha homestay dan hotel bajet terutamanya dalam membaik pulih premis mereka yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ini bagi membolehkan mereka dapat menawarkan kemudahan dan fasiliti yang terbaik kepada pelancong sama ada domestik atau antarabangsa untuk menginap di premis mereka.

Nilai Geran

Nilai Geran Padanan Homestay adalah nisbah sumbangan: 9:1 di mana sumbangan kerajaan adalah sebanyak 90% atau RM15,000 atau mana-mana terendah dan 10% adalah sumbangan pemohon.

Manakala Nilai Padanan Hotel Bajet adalah nisbah sumbangan: 7:3 di mana 70% atau RM30,000 atau mana-mana yang terendah dan 30% adalah sumbangan pemohon.

Kerja-Kerja Pembaikan

Kerja-kerja pembaikan yang layak untuk memohon geran padanan ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Kebocoran bumbung
  2. Keretakan/kerosakan dinding
  3. Keretakan/kerosakan lantai di premis
  4. Kerosakan perabot dan peralatan di dalam bilik
    penginapan pelancong
  5. Kerja-kerja pendawaian elektrik di bilik penginapan
    pelancong
  6. Kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan
    keselamatan/keselamatan kebakaran
  7. Penyelenggaraan penghawa dingin bilik penginapan
    pelancong
  8. Kerosakan pintu atau tingkap bilik penginapan
    pelancong
  9. Kerja-kerja mengecat bilik penginapan pelancong
  10. Waterproofing
  11. Kerosakan tandas untuk pelancong
  12. Kerosakan kemudahan bilik mesyuarat/bilik seminar (untuk hotel bajet)
  13. Kerosakan di lobi/ruang kaunter hadapan (untuk hotel bajet)
  14. Kerosakan/penyelenggaraan kolam renang (untuk hotel bajet)
  15. Kerosakan Kemudahan Surau (untuk hotel bajet)
  16. Kerosakan kemudahan dapur/kafeteria/restoran/coffee house (untuk hotel bajet)
  17. Kerja-kerja Penyelenggaraan sistem saliran air di dalam premis (untuk hotel bajet)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi geran padanan ini adalah seperti berikut:

i) Geran Padanan Homestay

  1. Pengusaha Inap Desa (Homestay) berdaftar dengan MOTAC sebelum atau pada 31 Disember 2021.
  2. Mempunyai pelaporan rekod kedatangan pelancong dan jumlah pendapatan dari Program Pengalaman Homestay Malaysia dan Program Kampungstay yang telah dikemukakan kepada MOTAC bagi tahun 2018 – 2021.
  3. Melantik kontraktor tempatan yang berdaftar dengan SSM.
  4. Permohonan pembaikan/penyelenggaraan bagi projek yang sedang dilaksanakan atau telah selesai tidak akan dipertimbangkan.

ii) Geran Padanan Hotel Bajet

  1. Premis telah berdaftar dengan MOTAC sebelum atau pada 31 Disember 2021
  2. Premis telah diberikan penggredan Orkid di bawah MOTAC dan Sijil Penggredan yang masih sah selepas 1 Januari 2020.
  3. Premis yang telah tamat tempoh Sijil Penggredan/belum memperoleh Sijil Penggredan boleh mengemukakan bukti permohonan telah dikemukakan ke MOTAC.
  4. Premis mempunyai Lesen Perniagaan Premis Penginapan daripada PBT yang masih sah.
  5. Kelulusan Bersyarat akan diberikan kepada premis yang belum memperoleh Sijil Penggredan. Pihak premis hendaklah memperoleh Sijil Penggredan sebelum mengemukakan tuntutan kepada MOTAC untuk pembayaran.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan:
    – Homestay: https://motac.gov.my/images/attachstore/geranpadanan22/GARIS_PANDUAN_GERAN_PADANAN_BAGI_TUJUAN_PEMBAIKAN_INAP_DESA_HOMESTAY_2022.pdf
    – Hotel Bajet: https://motac.gov.my/images/attachstore/geranpadanan22/GARIS_PANDUAN_GERAN_PADANAN_HOTEL_BAJET_2022.pdf.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang tersebut kepada alamat berikut:

    i) Homestay:

    Urus Setia,
    Jawatankuasa Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) Tahun 2022,
    Program Pengalaman Homestay Malaysia,
    d/ a Bahagian Pembangunan Industri,
    Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya,
    Aras 14, No.2 Menara 1, Jalan P5/ 6, Presint,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    63200 PUTRAJAYA.

    ii) Hotel Bajet

    Urus setia,
    Jawatankuasa Geran Pembaikan Kepada Hotel Bajet,
    Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan,
    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
    Aras 1, No. 2 Menara 1, Jalan P5/6 Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    63200 PUTRAJAYA.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Hometsay dan Hotel Bajet 2022, sila email ke [email protected] atau [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.