Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama EKUINAS telah mempelawa peniaga pasar hari atau pasar malam untuk memohon Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam.
Untuk makluman, bantuan khas ini diwujudkan adalah sebagai tambahan modal pusingan kepada peniaga pasar hari dan pasar malam terutamanya ketika pasca COVID-19.
Selain itu, bantuan khas ini disalurkan untuk memastikan ekonomi tempatan mampu dirancakkan semula.
Pemohon yang memerlukan bantuan ini perlu membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan bermula 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022.
Syarat Umum
Pemohon perlu memenuhi syarat umum bantuan zakat yang ditetapkan iaitu:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
- Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan khas ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.
- Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT.
- Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini.
- Tergolong dalam asnaf adalah diutamakan.
- Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga.
- Suami berpendapatan rendah/kematian suami/suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga.
- Terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak/isteri yang tidak sihat.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan bantuan khas ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Dapatkan borang permohonan di kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran.
- Senarai kaunter Zakat Pulau Pinang boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/hubungi/hubungi-kami.
- Lengkapkan borang permohonan tersebut.
- Hantar borang permohonan yang lengkap ke kaunter Zakat Pulau Pinang kembali.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam, sila hubungi Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP di talian 011-2872 4558.