Usahawan agrotani belia adalah dialu-alukan untuk menjadi peserta Hijrah Asnaf Tanaman bagi mendapatkan bantuan yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Untuk makluman, inisiatif ini diwujudkan oleh LZNK dengan kerjasama Agrobank, dan syarikat CocoJack.
Inisiatif ini dilaksanakan untuk membantu usahawan agrotani meningkatkan pendapatan mereka terutamanya dalam aspek penghasilan tanaman mereka.
Bagi belia yang berminat, mereka boleh membuat permohonan untuk menjadi peserta bagi program ini sebelum 25 Disember 2022.
Untuk program kali ini, keutamaan diberikan kepada calon daripada kawasan Merbau Pulas dan sekitar.
Kemudahan Yang Disediakan
Kemudahan yang disediakan menerusi program ini adalah seperti berikut:
- Tapak Projek Daerah Kulim
- Modal Permulaan
- Modul dan Teknik
- Bimbingan oleh Pakar Agrotani
- Produk dan Pembeli
- Elaun Sementara Menunggu Hasil
Syarat Penyertaan
Untuk menyertai program ini, terdapat beberapa syarat penyertaan yang perlu dipenuhi iaitu:
- Berasal daripada keluarga dari kumpulan asnaf.
- Belia daripada Negeri Kedah.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan.
- Berminat dalam bidang yang dipohon.
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan berikut iaitu https://bit.ly/usahawanagrotani.
- Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Hijrah Asnaf Tanaman, sila hubungi Bahagian Pembanguan Asnaf LZNK di talian 04-7331740/0194654255 (Whatsapp) atau ke alamat berikut:
Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah.