Pekebun kecil sawit kini boleh mendapatkan pembiayaan yang disediakan oleh Agro Bank-Malaysian Palm Oil Board (MPOB) menerusi Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS).
Skim Pembiayaan Mudah IPPKS merupakan skim yang menawarkan pembiayaan kepada pekebun kecil sawit untuk membeli input pertanian seperti anak benih, baja, serta bahan kawalan perosak seperti racun rumpai dan racun serangga perosak.
Matlamat pembiayaan ini adalah untuk meningkatkan hasil pekebun kecil sawit yang seterusnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, pekebun kecil sawit yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan dengan segera.
Kadar & Tempoh Pembiayaan
Kadar dan tempoh pembiayaan skim ini adalah seperti berikut:
- Kadar pembiayaan = RM2,500 bagi setiap hektar
- Jumlah pembiayaan maksima = RM16,250
- Tempoh pembiayaan = 24 bulan
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon skim ini adalah seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 58 tahun.
- Pekebun kecil persendirian dengan jumlah pemilikan tanah tidak melebihi 40.66 hektar.
- Memiliki sawit berusia kurang daripada 22 tahun.
- Memiliki lesen MPOB.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di mana-mana Cawangan Agro Bank atau Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara.
Borang permohonan tersebut perlu diisi dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana cawangan Agro Bank berdekatan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan dokumen pemilikan tanah.
- Salinan lesen MPOB.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pn. Rahmahwati Rasuddin iaitu di talian 03-8769 3855 ([email protected]) atau hubungi talian di bawah:
- 03-8769 4370
- 03-8769 4255
- 03-8769 3930
Layari laman web MPOB untuk maklumat lanjut https://www.mpob.gov.my/.