Advertisements

Peace of Mind 4.0: Perkhidmatan Runding Cara Pinjaman MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menjalankan satu lagi siri perkhidmatan runding cara pinjaman MARA kepada peminjam yang terlibat iaitu menerusi Peace of Mind 4.0.

Untuk makluman, program Peace of Mind merupakan salah satu inisiatif MARA melalui Bahagian Kawalan Kredit (BKK) untuk membantu peminjam MARA dalam aspek runding cara bagi membayar semula balik pinjaman tersebut.

Ini adalah salah satu inisiatif bagi membantu para peminjam yang mempunyai masalah untuk membayar pinjaman kepada agensi terbabit.

Sebelum ini, program ini diwujudkan MARA bagi membantu peminjam terkesan akibat COVID-19 dalam aspek membuat penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman.

Langkah ini dibuat bagi meringankan beban peminjam yang terkesan akibat pandemik yang melanda pada waktu itu.

Tarikh & Lokasi Perkhidmatan

Tarikh program ini dijalankan adalah pada 3 sehingga 8 Disember 2022.

Lokasi perkhidmatan program ini diadakan adalah seperti berikut:

  • Lobi utama, Ibu Pejabat MARA
  • Pejabat MARA Negeri dan Daerah yang berhampiran.

Perkhidmatan Runding Cara

Perkhidmatan runding cara yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pelepasan Senarai Hitam MARA.
  • Diskaun Pinjaman Pelajaran MARA (conversion).
  • Penjadualan dan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran.
  • Penjadualan Semula Bayaran Balik dan Penstrukturan Semula Pembiayaan Perniagaan (R&P).

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program Peace of Mind 4.0, sila hubungi 03-261 32147/32288/32399/32133/32131/32286 atau melayari laman web https://www.mara.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.