Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kepenggunaan yang berminat untuk memohon bantuan kewangan bagi tujuan menjalankan program/aktiviti kepenggunaan di lokaliti masing-masing sepanjang tahun 2023 adalah dialukan memohon Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023.
Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023 ini adalah bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH).
Penyaluran bantuan ini dilakukan adalah untuk membantu NGO kepenggunaan menjalankan program/aktiviti kepenggunaan untuk tahun hadapan.
Permohonan adalah secara di atas talian sahaja dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2022.
Skop Program
Skop program yang akan dibiayai menerusi bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:
- Kajian Consumer Empowerment Index (CEI) Tahun 2020 oleh Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan, KPDNHEP yang memfokuskan kepada 3 domain utama berkaitan pengguna iaitu:
– Financial Literacy
– Purchasing Decision
– Redress - Pendidikan kesihatan pengguna.
- Kesiapsiagaan menghadapi bencana alam.
- Sekuriti makanan.
- Advokasi kejatuhan mata wang
- Persiapan menghadapi krisis global dari sudut pengguna.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Muat turun dan lengkapkan dokumen di pautan ini terlebih dahulu https://tinyurl.com/NGOFormatCEI.
- Kemudian, layari pautan berikut https://tinyurl.com/PermohonanNGO2023.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
- Ringkasan Permohonan 3 Tahun Terdahulu berdasarkan [Format Bahagian D] (bagi penerima peruntukan sebelum ini)
- Sijil Pendaftaran
- Perlembagaan Persatuan
- Penyata ROS terkini (2022/2021 sahaja)
- Penyata bank terkini
- Kertas Cadangan yang lengkap berdasarkan [Format Lampiran A1]
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023, sila hubungi En Aizat Hafiz di talian 03-8882 6447.