Advertisements

iBiz Muamalat : Cara Pendaftaran Akaun & Cara Login

IBiz Muamalat merupakan sistem atas talian yang membantu dalam pengurusan kewangan perniagaan anda. Ia direka untuk memenuhi keperluan holistik penyelesaian modal kerja yang terdiri daripada pengurusan tunai, pengurusan likuiditi, dan wang perdagangan untuk korporat dan perniagaan anda.

Perkhidmatan yang disediakan oleh bank Muamalat ini dapat memudahkan urusan perniagaan anda kerana ia boleh diakses di kedua-dua aplikasi perbankan web dan mudah alih. Anda hanya perlu mengetik beberapa butang di skrin peranti anda untuk melakukan urusan perniagaan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan melalui sistem ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

iBiz Muamalat

Bank Muamalat ini merupakan bank kedua selepas Bank Islam yang memperkenalkan konsep perbankan Islam Malaysia untuk semua pelanggan mereka tidak kira agama dan bangsa.

Bank Muamalat Malaysia Berhad memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dengan gabungan aset dan liabiliti yang dibawa daripada perbankan Islam Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan ketika itu.

i-Biz Muamalat ialah perkhidmatan perbankan internet korporat yang direka bentuk oleh Bank Muamalat sebagai saluran sehenti untuk memudahkan pelanggan korporat dalam mengembangkan keperluan perniagaan.

Sistem ini menawarkan penyelesaian intuitif, hujung ke hujung yang membolehkan anda mengawal dan keterlihatan pengurusan tunai anda yang lebih baik, sekali gus membantu anda menguruskan kepelbagaian aktiviti kewangan anda.

Antara kelebihan sistem ini adalah:

  • Akses kepada maklumat akaun mengikut keselesaan anda
  • Terjamin dan selamat
  • Membantu anda menyelaraskan proses kerja harian anda
  • Sistem bersepadu dan sedia tersuai dengan sistem perakaunan syarikat anda

Syarat Kelayakan

Pemegang akaun Bank Muamalat daripada Perkongsian, Kerajaan, Lembaga Berkanun, Sendirian Kategori Berhad, Profesional, Kelab, Badan Agama dan Masyarakat boleh mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ibiz ini.

Untuk jenis Pemilik Tunggal adalah perlu melalui perbankan internet runcit kami iaitu di i-muamalat.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan iBiz Muamalat untuk perniagaan anda berikut merupakan antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan kepada anda:

  1. Akaun Inkuiri
    • Ringkasan Akaun
    • Sejarah transaksi
    • E-penyata
  2. Pengurusan Cek
    • Lihat Status Cek
    • Permintaan Buku Cek
  3. Pembayaran
    • Bayar ke Akaun BMMB Pihak Ketiga
    • Bayar ke Akaun IBG
    • RENTAS
    • Pemindahan Telegraf Asing
    • JomPAY
    • Bayaran Pukal
    • Gaji
  4. Lain-lain
    • Lembaga Berkanun KWSP & PERKESO
    • Kutipan melalui FPX B2B
    • Kutipan melalui pengebil JomPAY
    • Penyesuaian Auto melalui MT940 dan format lain
    • Nasihat Pembayaran
    • Pengesahan Pembayaran

Cara Daftar iBiz Muamalat

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar dengan iBiz Muamalat ini berikut adalah langkah pendaftaran yang boleh anda ikuti:

  • Hubungi atau Terus ke cawangan Bank Muamalat berdekatan anda untuk mendapatkan borang atau anda boleh dapatkan borang tersebut DI SINI.
  • Isi dan lengkapkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan, dan serahkan ke cawangan bank Muamalat berdekatan dengan kawasan anda.
  • ID Pengguna dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel anda (dan Token USB 2FA untuk Pemberi Kuasa) selepas pengesahan daripada cawangan asal anda.

NOTA: ID Pengguna dan Kata Laluan akan diberikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari daripada tarikh permohonan.

Cara Login

Setelah berjaya mendaftar dan telah mendapat ID dan kata laluan, anda boleh mendaftar masuk ke dalam sistem IBiz Muamalat dengan cara berikut:

  • Layari pautan iBiz Muamalat
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan
  • Pengguna kali pertama akan diminta untuk menukar kata laluan sendiri.
  • Masukkan nombor TAC yang diberikan dan klik hantar
  • Log masuk semula menggunakan ID Pengguna dengan kata laluan yang diubah
  • Anda sudah boleh menggunakan sistem ini.
ibiz

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan iBiz Muamalat ini, anda boleh membaca FAQ yang disediakan di bawah atau layari laman rasmi iBiz Muamalat untuk mengetahui lebih lagi.

Anda juga boleh menghubungi mereka di nombor 03-2600 5500 untuk mendapatkan sebarang bantuan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.