Advertisements

ILKBS : Cara Permohonan, Lokasi & Program Yang Ditawarkan

Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) merupakan sebuah institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, yang menggabungkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) di bawahnya.

Bagi belia yang berminat untuk menyambung pelajar di salah satu institusi ini, anda boleh memohon untuk melanjutkan pengajian di sini bagi peringkat Diploma dan Sijil. Berikut akan kami kongsikan kepada anda cara untuk melakukan permohonan dan program yang ditawarkan oleh institusi ini.

Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)

Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan ini merupakan gabungan tiga institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), iaitu Institusi Kemahiran Belia dan Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

ILKBS menawarkan program pengajian yang mendapat pengiktirafan berikut:

  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Jadi bagi anda yang berminat dengan bidang yang ditawarkan, anda boleh memohon tanpa perlu rasa ragu dan risau akan kredibiliti institusi ini.

Matlamat Penubuhan ILKBS

Berikut merupakan matlamat penubuhan institusi ini:

  1. Keutamaan Kepada Belia
    Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Diploma Lanjutan.
  2. Pendedahan Keusahawanan
    Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
  3. Pembangunan Bina Insan
    Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggu

Lokasi ILKBS

Bagi anda yang berminat untuk menyambung pendidikan di institusi ini, berikut merupakan senarai 22 lokasi ILKBS mengikut negeri:

  • SELANGOR
    1. IKTBN Sepang
    2. IKTBN Dusun Tua
    3. IKBN Peretak
    4. IKBN Kuala Langat
  • KEDAH
    1. IKBN Jitra
    2. IKBN Naka
  • PERLIS
    1. IKBN Kuala Perlis
  • PERAK
    1. IKBN Seri Iskandar
  • PAHANG
    1. IKTBN Temerloh
    2. IKBN Pekan
  • KELANTAN
    1. IKTBN Bachok
    2. IKBN Tanah Merah
  • TERENGGANU
    1. IKBN Wakaf Tapai
    2. IKBN Kemasik
  • NEGERI SEMBILAN
    1. IKTBN Chembong
  • JOHOR
    1. IKTBN Pagoh
    2. IKBN Bandar Penawar
  • PULAU PINANG
    1. IKTBN Bukit Mertajam
  • MELAKA
    1. IKTBN Alor Gajah
  • SABAH
    1. IKBN Kinarut
  • SARAWAK
    1. IKBN Miri
  • KUALA LUMPUR
    1. Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
ilkbs

Program Ditawarkan

Dan secara umumnya, terdapat 14 program yang ditawarkan di ILKBS ini, yang boleh anda pilih mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Teknologi Personel
  2. Teknologi Fotografi
  3. Teknologi Automotif
  4. Teknologi Awam
  5. Teknologi Elektrik
  6. Teknologi Elektronik
  7. Teknologi Mekanikal
  8. Teknologi Hospitaliti
  9. Teknologi Tekstil
  10. Teknologi Maklumat
  11. Teknologi Marin
  12. Teknologi Sukan
  13. Teknologi Pertanian
  14. Oil & Gas

*NOTA: Boleh lihat dokumen dibawah untuk maklumat kursus ILKBS yang lebih terperinci:

Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat kemasukan umum bagi anda yang ingin menjadi pelajar ILKBS:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia di antara 18-30 tahun sewaktu permohonan
  3. Tamat tingkatan 5
  4. Bujang
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tiada rekod jenayah.

Cara Permohonan

Bagi anda yang telah memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menyertai salah satu institusi di bawah ILKBS ini, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web eKAMPUS.
  2. klik pautan Daftar Sebagai Pemohon
  3. Lengkapkan borang yang diberikan
  4. Klik butang Daftar setelah lengkap mengisi borang.
ilkbs

Setelah Mendaftar sebagai pemohon ILKBS Log Masuk ke Sistem eKAMPUS

  1. Layari Sistem eKAMPUS, di bahagian menu atas, klik pautan Log Masuk.
  2. Masukkan No. KP Pemohon dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik butang Log Masuk.
ikbn

Permohonan Baru ILKBS

  1. Di bahagian menu atas, klik pautan Menu, dan dalam submenu Permohonan Baru,
    klik menu Program Lepasan SPM/SKM/ST.
  2. Pilih Sesi Pengambilan anda dan dalam ruangan Tindakan, klik pautan POHON.
  3. Dalam tab Profil, isi maklumat profil pemohon. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
  4. Dalam tab Alamat, isi maklumat alamat. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
  5. Dalam tab Akademik, masukkan maklumat akademik. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
  6. Dalam tab Kursus, masukkan pilihan Kursus pertama, kedua dan ketiga.
  7. Semak dan pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul sebelum klik butang
    Hantar Permohonan.
  8. Apabila kembali ke skrin Sesi Pengambilan, dalam ruangan Tindakan, status
    permohonan PERMOHONAN DITERIMA dipaparkan.
  9. Pemohon boleh klik pada pautan PERMOHONAN DITERIMA dan dibenarkan
    mengemaskini maklumat permohonan sehingga tarikh permohonan ditutup.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) ini anda boleh dapatkannya di laman rasmi eKAMPUS, atau anda boleh hubungi terus institusi-institusi tersebut pada alamat dan nombor telefon di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.