Program Jualan Rahmah merupakan sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) bagi membantu dalam meringankan beban rakyat membeli barangan keperluan asas, seperti ayam, ikan, minyak dan lain-lain.
Melalui program ini, rakyat akan dapat membeli barangan dapur dengan potongan harga sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran setempat. Program ini akan dijalankan di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan lokasi pelaksanaan PJR setempat ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Program Jualan Rahmah
Program Jualan Rahmah (PJR) adalah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat
Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket di lokasi-lokasi terpilih di setiap kawasan Parlimen semasa tempoh kempen dijalankan
Program ini juga dilaksanakan bertujuan untuk membantu dalam merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di Malaysia.
Senarai Lokasi
Berikut merupakan pautan lokasi Program Jualan Rahmah mengikut negeri:
- Selangor
- Pulau Pinang
- Pahang
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Kelantan
- Terengganu
- Perlis
- Johor
- Perak
- Sarawak
- Sabah
- Kedah
- WP Putrajaya
- WP Kuala Lumpur
- WP Labuan
*NOTA: Lokasi terperinci setiap jualan akan diumumkan dalam Facebook rasmi KPDN setiap negeri dari semasa ke semasa seperti contoh di bawah:
Kaedah Jualan
Terdapat tiga cara jualan bagi Jualan Rahmah ini, iaitu:
- Dalam Pasaraya (Inisiatif Premis itu sendiri dengan menggunakan jenama dan logo)
- Kawasan terbuka (Jualan diadakan di luar pasaraya atau tempat tumpuan orang ramai khususnya B40)
- Secara mobil/bergerak (Penggunaan lori atau trak bersesuaian untuk membawa barang keperluan ke kawasan pedalaman/terpencil)
Baca juga: Inisiatif Sukan Rahmah: Diskaun Peralatan Sukan Sehingga 30%
Tarikh PJR
Sila ambil maklum bahawa tarikh bagi Program Jualan Rahmah ini akan dikemaskini oleh pihak KPDN bagi setiap negeri dari semasa ke semasa melalui laman Facebook mereka.
Oleh itu, pastikan anda peka dengan segala maklumat baru dari laman media sosial KDPN negeri masing-masing dan merancang aktiviti pembelian dengan lebih baik, agar tidak terlepas peluang.
Kekerapan jualan juga bergantung kepada sesebuah negeri, ada yang mengadakan jualan lebih kerap dan ada juga yang lebih tumpukan jualan pada hujung minggu sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Jualan Rahmah ini, anda boleh dapatkan di laman sosial KPDN bagi setiap negeri di pautan berikut:
- KPDN Selangor
- KPDN Pulau Pinang
- KPDN Pahang
- KPDN Melaka
- KPDN Negeri Sembilan
- KPDN Kelantan
- KPDN Terengganu
- KPDN Perlis
- KPDN Johor
- KPDN Perak
- KPDN Sarawak
- KPDN Sabah
- KPDN Kedah
- KPDN WP Putrajaya
- KPDN WP Kuala Lumpur
- KPDN WP Labuan
Baca juga: Allo Broadband – Pakej Internet Perpaduan Dengan Harga Rahmah