Graduan yang masih mencari pekerjaan dan menghadapi masalah dalam temuduga adalah dialu-alukan untuk menyertai ILTIZAM Professional Development Programme (PDP) yang dilaksanakan oleh Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas).
ILTIZAM PDP merupakan inisiatif Program Tanggungjawab Korporat (CSR) Ekuinas untuk membantu graduan dan siswazah bumiputera yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.
Menariknya, program ini bukan sekadar bertujuan untuk membantu graduan bumiputera bukan sekadar mendapat pekerjaan tetapi juga membina kerjaya cemerlang dan menjadi contoh, pemimpin kepada komuniti serta rakan sebaya mereka.
Sejak tahun 2012, Ekuinas telah membantu kira-kira 600 graduan memperoleh pekerjaan.
Untuk sesi pengambilan akan datang, permohonan telah dibuka mulai 15 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.
Mengenai ILTIZAM PDP
ILTIZAM PDP ialah program selama 12 bulan yang menyediakan graduan Bumiputera yang berkelayakan dengan penempatan kerja selama setahun sebagai Pelatih Eksekutif di Ekuinas, syarikat portfolio dan syarikat rakan kongsi.
Selain pembelajaran dan latihan di tempat kerja, graduan juga akan didedahkan dengan modul latihan berstruktur yang menjurus kepada pengetahuan yang berkaitan pembangunan peribadi, kecekapan teknikal, dan kemahiran insaniah yang penting untuk bersaing dan berjaya di tempat kerja.
Graduan juga akan belajar teknik memasarkan dan menjenamakan diri mereka sendiri menerusi latihan yang akan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehpasaran mereka.
Manfaat Yang Bakal Diterima
Manfaat yang bakal diterima graduan menerusi program ini adalah seperti berikut:
- Gaji bulanan yang kompetitif
- Faedah Perubatan
- Perlindungan insurans
- Cuti tahunan
Komponen Program
Komponen program yang bakal dilalui oleh para graduan adalah seperti berikut:
- Latihan Semasa Kerja
- Pengalaman Kerja
- Pembangunan Diri
- Modul Latihan Berstruktur
- Coaching dan Mentoring
- Semakan Kemajuan (pembangunan kemajuan untuk 1 tahun)
Syarikat Yang Terlibat
Syarikat yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:
- Habib Jewels Sdn Bhd
- Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd
- Dagang Nexchange Berhad
- Malayan Flour Mills Berhad
- ANZ Engineering Sdn Bhd
- Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
- Tenby Schools Malaysia
- Ahlan Academy for Excellence Sdn Bhd
- Efficient Frontier Consulting Sdn Bhd
- Coach2Success Consultancy Sdn Bhd
- Cosmopoint Sdn Bhd
- UNITAR International University
- Malaysian Gas Association
- Alfameli Sdn Bhd
- MyParcel Asia Sdn Bhd
- GFM Services Berhad
- TresGo Sdn Bhd
- HATI International Sdn Bhd
- SOCIO Intelligence Sdn Bhd
- Desaru Development Holdings One Sdn Bhd
- Alam Flora Sdn Bhd
- Wetlands International
- Ethis Ventures Sdn Bhd
- MaySky (M) Sdn Bhd
- Zaahara Ventures Sdn Bhd
- Z&SR Architechtural Ventures Sdn Bhd
- Chartered Institute of Islamic Finance Professionals
- EYTC Group and Resources Sdn Bhd
- MedKad Sdn Bhd
- NanoC Ventures Sdn Bhd
- The ECEOs Sdn Bhd
- Revenue Valley Sdn Bhd
Syarat Kelayakan
Graduan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:
- Minimum 3.0 PNGK – Lepasan Ijazah Sarjana Muda IPTS/IPTA tempatan dalam mana-mana bidang boleh memohon.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, pemimpin semula jadi dan boleh bekerja dalam pasukan.
- Pendapatan kasar nulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
- Siswazah yang tidak bekerja atau menganggur sekurang-kurangnya 6 bulan
- Umur maksimum untuk memohon adalah 28 tahun.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://iltizam.ekuinas.com.my/pillars/education/pdp/.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Buat permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai ILTIZAM PDP, sila layari laman web https://iltizam.ekuinas.com.my/pillars/education/pdp/.