Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah meneruskan inisiatif khas untuk rakyat Johor dalam meningkatkan ekonomi keluarga menerusi The Entrepreneurial Aid For The Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service (JOPAC) Fasa 2.
JOPAC merupakan inisiatif khas yang diwujudkan kerajaan Negeri Johor melalui YPKDT untuk meningkatkan ekonomi keluarga melalui aktiviti keusahawanan yang dijalankan menerusi bantuan packet food dan delivery services.
Oleh itu, orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan JOPAC Fasa 2 secara atas talian.
Mengenai JOPAC
Untuk makluman, JOPAC adalah ruang dan peluang perniagaan yang dibuka kepada usahawan yang berminat untuk menghasilkan produk makanan dan selain daripada produk makanan.
Penerima JOPAC yang layak akan menerima bantuan keusahawanan dan produk-produk tersebut akan dihantar melalui perkhidmatan runner JOPAC bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan penghantaran.
Objektif JOPAC
Objektif pelaksanaan JOPAC adalah untuk mencapai beberapa perkara berikut:
- Dapat meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi penggunaan teknologi terkini.
- Dapat mewujudkan komuniti perniagaan secara atas talian yang lebih cepat, mudah, tidak memerlukan modal yang besar serta mengikut trend semasa bagi membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mampu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi.
- Untuk menggalakkan kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembeling tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.
- Bagi memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Syarat Permohonan
Pemohon yang berminat untuk memohon JOPAC Fasa 2 perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Keutamaan diberikan kepada golongan sasar (B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia dan ketua keluarga).
- Pemohon digalakkan sudah menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga.
- Mempunyai kenderaan sendiri.
- Memiliki lesen memandu (B2, D).
- Borang dan dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon bantuan JOPAC Fasa 2 perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc5ppFp_yXp400PcPOwsqJd9G5E-nBF6YPGtCSB7H7n5G-2-Q/formResponse.
- Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul dengan menggunakan huruf besar.
- Muat naik sekeping gambar berukuran passport & satu salinan kad pengenalan diri.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai JOPAC Fasa 2, sila hubungi Unit Pembangunan Strategik YPKDT di talian 07-2666526.