Advertisements

Permohonan Rumah Idaman B40 & M40 Selangor RM250,000 seunit

Warga Selangor yang tergolong dalam kategori B40 dan M40 namun masih belum mempunyai rumah, kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan projek berkonsepkan rumah mampu milik iaitu Rumah Idaman.

Projek Rumah Idaman ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 27 Oktober yang lalu.

Menerusi projek ini, warga Selangor berpeluang memiliki rumah mereka sendiri pada harga RM250,000 bagi setiap unit.

Inisiatif ini diwujudkan kerajaan Negeri Selangor bagi membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama mereka.

Menariknya, setiap unit rumah memiliki saiz luas dan reka bentuk praktikal dan lokasi rumah juga mudah diakses melalui lebuh raya selain dekat dengan hospital, sekolah, universiti dan pengangkutan awam.

Ciri Rumah Idaman

Terdapat beberapa ciri-ciri menarik Rumah Idaman yang diumumkan iaitu:

  • Memiliki keluasan 1,000 kaki persegi
  • Tiga bilik tidur dan dua bilik air.
  • Dua ruang parkir disediakan.
  • Satu unit televisyen, peti ais serta kabinet.
  • Harga RM250,000 bagi setiap unit rumah.

Lokasi Projek

Lokasi rumah yang ditawarkan kepada orang ramai adalah seperti berikut:

  • Idaman BSP Bandar, Saujana Putra
  • Idaman Cahaya, Shah Alam 2
  • Idaman Sari, Puchong
  • Idaman Kita, Cybersouth
  • Idaman Melur, Cybersouth
  • Idaman Perdana, Bandar Puncak Alam.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon Rumah Idaman perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  5. Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama 5 tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
  6. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  7. Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu:

  1. Layari laman web http://lphs.selangor.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar/Log Masuk’ dan ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Saya Layak.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Buat permohonan setelah berjaya log masuk.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://idamanselangor.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.