Advertisements

Kad Prihatin Siswa: Kelebihan, Objektif & Faedah

Kad Prihatin Siswa adalah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti-universiti Awam di Malaysia dan RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, ‘cashless campus’, ‘smart campus’, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.

Apa itu Kad Prihatin Siswa (KPS)?

KPS merupakan Kad Matrik pelajar sedia ada yang telah dinaiktarafkan dengan gabungan Kad Visa Islamic RHB Bank yang memberikan banyak kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai dalam kampus.

Selain itu, ia juga bertujuan menyelaraskan pinjaman atau bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pelajar di samping memperkenalkan pelbagai promosi tambahan dari semasa ke semasa.

Objektif Kad Prihatin Siswa

  • Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT. 
  • Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
  • Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
  • Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.

Faedah KPS?

  1. Akaun Simpanan-i Pro  adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.
  2. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
  3. Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
  4. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di Universiti Awam . 

Antara Universiti yang Menawarkan KPS?

Kesemua Universiti Awam di Malaysia menawarkan Kad Prihatin Siswa, namun, buat masa ini, permohonan untuk menghasilkan KPS di universiti-universiti awam kebanyakkannya telah ditutup.

Dibawah merupakan antara Universiti Awam yang telah menawarkan Kad Prihatin Siswa ini kepada pelajar mereka:

UKM

UMP

Kad Prihatin Siswa  UMP

UPSI

UUM

UPM

Kad Prihatin Siswa  UPM

USM

Kad Prihatin Siswa USM

UITM

Kad Prihatin Siswa UITM

UM

UIAM

UNISZA

UNIMAS

Penerangan RHB Berkenaan KPS

Untuk memahami lebih lagi berkenaan Kad Prihatin Siswa ini, anda boleh membaca penerangan yang telah diberikan oleh pihak RHB berkenaan KPS.

Maklumat Lanjut

i. Sebarang urusan berkaitan Universiti, sila hubungi Pentadbiran Universiti anda.

ii. Bagi perkara yang berkaitan dengan Akaun Simpanan-i atau MySiswa Debit-i anda, hubungi Bank daripada mana-mana saluran berikut:

E-mel Pusat Hubungan Pelanggan RHB: [email protected]

Nombor telefon: 03-92068118.

Menerusi mana-mana cawangan RHB/RHB Islamic. Senarai semua cawangan RHB / RHB Islamic boleh didapati di https://www.rhbgroup.com/locate/index.html

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.