Advertisements

MyBas50 : Panduan Pendaftaran dan Syarat Kelayakan

Pas transit atau pas perjalanan MyBas50 adalah pas perjalanan bulanan tanpa had yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan myBAS Johor Bahru.

Inisiatif ini telah diumumkan oleh Kerajaan sewaktu pengumuman Belanjawan 2023. Di mana, Perdana Menteri kita, telah menyatakan bahawa kerajaan komited meneruskan inisiatif pas bulanan My50 di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang akan memberi manfaat kepada hampir 180,000 pengguna.

Berikut kami terangkan kepada anda dengan lebih terperinci tentang apa itu MyBas50. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi tentang pas perjalanan 30 hari tanpa had ini.

Pas Transit MyBas50

Perkhidmatan MyBAS Johor Bahru adalah pengangkutan awam terkini yang terdiri daripada 19 laluan untuk 5 koridor di Johor yang merangkumi Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian.

Projek ini adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dan dikawal selia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang telah diumumkan sewaktu Belanjawan 2023 yang lepas.

Inisiatif ini diambil bagi memudahkan hidup rakyat terutama rakyat negeri Johor dan dalam masa yang sama membantu meringankan beban mereka untuk membayar tambang pengangkutan awam sewaktu melakukan aktiviti harian mereka.

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang berminat ingin menggunakan pas perjalanan ini anda perlu memastikan anda memenuhi syarat kelayakan di bawah sebelum melakukan pendaftaran:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah.

Harga MyBas50

Harga langganan bagi pas perjalanan ini adalah RM50 setiap bulan untuk perjalanan selama 30 hari tanpa had.

Laluan Perjalanan

Sebanyak 19 laluan perjalanan yang boleh anda lalui dengan menggunakan pas perjalanan MyBas50. Berikut merupakan 19 laluan tersebut:

  1. T10 JB Sentral – Larkin Sentral  – Terminal Bas Kota Tinggi (via Jalan Tampoi)
  2. T11 JB Sentral  – Taman Setia Indah
  3. T12 AEON Tebrau  – Terminal Ulu Tiram
  4. T13 JB Sentral  – Larkin Sentral (via Kebun Teh)
  5. T20 JB Sentral  – Terminal Bas Kota Masai
  6. T21 JB Sentral  – Permas Jaya
  7. T22 Larkin Sentral – Terminal Masai (via Permas Jaya)
  8. T30 JB Sentral  – Taman Putri Kulai
  9. T31 JB Sentral  – Taman Pulai Indah
  10. T32 JB Sentral  – Bandar Selesa Jaya
  11. T33 JB Sentral  – Taman Tan Sri Yaacob
  12. T40 Larkin Sentral – Gelang Patah Sentral
  13. T41 Larkin Sentral  – Terminal Ferry Puteri Harbour
  14. T42 Terminal Gelang Patah  – Kampung Pendas Baru
  15. T43 Bukit Indah  – Puteri Harbour
  16. T50 Larkin Sentral – Pontian
  17. F100 JB Sentral  – KSL
  18. F200 Terminal Bas Masai  – Bandar Sri Alam
  19. F201 Terminal Bas Masai  – Taman R
myBAS full

*NOTA: Tekan pautan yang diberikan bagi mengetahui laluan perjalanan yang lebih terperinci.

Panduan Pendaftaran

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin menggunakan perkhidmatan pas perjalanan ini anda boleh mendaftar atau melanggan dengan dua cara iaitu:

  1. Melalui Aplikasi LUGO
    • Muat turun aplikasi Lugo di Google Store dan Apple App Store.
    • Buka aplikasi dan daftar MyBas50 dan masukkan maklumat diri
    • Muat naik gambar MyKad dan “selfie” pemohon dan hantar permohonan anda.
    • Tunggu pengesahan dan notifikasi kelulusan (dalam tempoh 24 jam).
    • Setelah lulus, pilih tarikh mula dan buat pembayaran sebanyak RM50.
    • Anda sudah boleh mula menggunakan pas perjalanan anda.
MyBas50

2. Melalui Kaunter ManjaLink.

  • Pergi ke kaunter ManjaLink terpilih di bawah:
    • JB CIQ  
    • KSL City Mall
    • TF Value-Mart Nusa Bestari 
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai 
  • Serahkan MyKad dan berikan maklumat peribadi yang diminta.
  • Kakitangan kaunter akan melakukan pengesahan dan semakan kelulusan.
  • Jika lulus anda boleh pilih tarikh mula
  • Lakukan pembayaran sebanyak RM50
  • Tunggu 24 Jam bagi proses pengaktifan pas perjalanan MyBas50 .
  • Setelah itu anda sudah boleh menggunakan pas perjalanan tersebut.
MyBas50

Setelah mendaftar anda boleh membeli lanyard di sini bagi memudahkan urusan turun naik bas, dan juga memastikan anda tidak keciciran kad pengenalan anda.

Cara Memperbaharui Pas MyBas50

Pembaharuan langganan pas perjalanan MyBas50 boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi MyBas Johor Bahru atau anda boleh mengunjungi mana-mana kaunter Causeway Link/ManjaLink yang dibawah untuk memperbaharui pas anda:

  • Gelang Patah Bus Terminal
  • JB CIQ
  • KSL City Mall
  • Kulai Bus Terminal
  • Senai Airport
  • TF Value (Nusa Bestari)

Maklumat Lanjut

Untuk anda yang inginkan maklumat tambahan berkenaan pas perjalanan MyBas50 ini anda boleh ke laman rasmi myBAS Johor Bahru

Baca juga: Renew Lesen GDL : Kaedah Dan Syarat Pembaharuannya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.