Doa selepas Azan merupakan sebuah doa yang perlu dilafazkan oleh penganut agama Islam selepas berkumandangnya Azan dengan penuh penghayatan. Amalan ini merupakan amalan sunnah yang digalakkan dan disaran oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri.
Namun begitu, tidak ramai umat Islam, terutamanya umat Islam di Malaysia tahu akan doa ini. Oleh itu, di sini akan kami jelaskan tentang doa selepas Azan, lafaz Azan serta cara menjawab azan sebagai panduan anda.
Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.
Apa itu Azan?
Azan merupakan satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda bagi menyatakan telah masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan rukun Islam tersebut.
Seruan Azan ini telah bermula sewaktu penghijarahan orang-orang Islam ke Madinah, mereka telah berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat, namun pada waktu itu tidak ada yang menyeru Azan.
Oleh itu Nabi Muhammad S.A.W telah menyuruh Bilal Bin Rabbah untuk menyeru Azan dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”, dan lafaz ini telah diguna pakai sehingga Abdullah bin Zaid dan Saidina Umar datang berjumpa Rasullah bagi menceritakan tentang mimpi mereka.
Mimpi tersebut adalah berkenaan cara yang lebih baik untuk memberitahu tentang waktu solat dan lafaz azan yang sekarang. Perkara ini telah ditulis dalam Riwayat Abu Daud di bawah:
لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ
قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata:
“Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.”
Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).
Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat).”
Hadis Riwayat Abu Daud, No. 449
Lafaz dan Cara Jawab
Berikut kami kongsikan kepada anda lafaz azan dan cara menjawabnya:
Lafaz Azan | Cara Jawab Azan |
---|---|
Allāhu akbar, Allāhu akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar) | Allāhu akbar, Allāhu akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar) |
Ash-hadu allāilāha illallāh (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.) | Ash-hadu allāilāha illallāh (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.) |
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh (Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.) | Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh (Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.) |
Hayya ‘alas-salāh (Marilah mendirikan solat.) | Laa haula wa laa quwwata illaa billaah |
Hayya ‘alal-falāh (Marilah kepada kejayaan.) | Laa haula wa laa quwwata illaa billaah |
*Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm (Solat itu lebih baik daripada tidur.) | *Sodaqta wabararta |
Allāhu akbar, Allāhu akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.) | Allāhu akbar, Allāhu akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.) |
Lā ilāha illallāh (Tiada Tuhan melainkan Allah.) | Lā ilāha illallāh (Tiada Tuhan melainkan Allah.) |
*NOTA: Lafaz yang mempunyai tanda (*) hanya perlu dibaca sewaktu azan subuh sahaja.
Berikut merupakan seruan Azan yang telah dilaungkan oleh Omar Hisham Al Arabi
Bagi anda yang inginkan jam menunjukkan waktu solat anda boleh beli Jam Azan Digital ini, untuk diletakkan di rumah, atau di pejabat anda.
Doa Selepas Azan
Setelah mendengarkan seruan Azan, umat Islam sangat digalakkan untuk membaca doa selepas azan di bawah:
Baca juga: Maulidur Rasul 2023: Tarikh dan Tema Sambutan Bagi Tahun 1445H