Advertisements

Selawat Jibril : Cara Pembacaan, Maksud, dan Kelebihan

Pernahkah anda mendengar berkenaan selawat Jibril ini? Tahukan anda maksud dan cara membaca selawat ini? Bagaimana pula dengan kelebihannya?.

Berikut kami kongsikan kepada anda tentang maksud selawat ini dengan lebih terperinci dan kelebihannya. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.

Pengenalan

Selawat atau Salawat diambil dari perkataan solat yang membawa maksud doa atau pujian kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh semua umat Islam.

Salah satu jenis selawat yang digalakkan adalah Selawat Jibril. Selawat ini diberikan nama tersebut kerana makhluk pertama yang melafazkan selawat ini adalah Malaikat Jibril sendiri sewaktu beliau memberi tunjuk ajar kepada Nabi Muhammad SAW.

Pembacaan selawat ini juga telah beliau lakukan bagi mendoakan, memuji, dan memohon keberkahan kepada Allah SWT untuk Nabi Muhammad SAW bertepatan dengan firman Allah SWT yang menyatakan:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ٥٦

“Sesungguhnya Allah serta malaikat-malaikat Nya telah berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Al-Ahzab: Ayat 56

Baca juga: Doa Selepas Azan, Lafaz Azan Serta Cara Menjawab Azan

Selawat Jibril Pendek

Selawat Jibril

Rumi:

Allahumma shalli ‘alaa sayyidinaa muhammad wa’alaa aali sayyidinaa muhammad wasallim tasliima

Maksud:

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”

Selawat Jibril Panjang

Selawat Jibril

Rumi:

Shallallahu ‘ala muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam.

Anta syamsun anta badrun.

Anta nurun fauqo nurin.

Anta iksiirun wa ghoolii.

Anta mishbaahush-shuduuri.

Ya habiibii Ya Muhammad.

Ya ‘aruusal khoofiqoini.

Ya Mu Ayyad ya Mumajjad.

Ya Imaamal Qiblataini

Maksud:

“Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad, selawat atas keluarga serta keselamatan atasnya. Engkau bagai matahari, engkau bagai bulan purnama. Engkau cahaya di atas cahaya. Engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya. Engkaulah pelita hati. Wahai kekasihku, wahai Muhammad. Wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia). Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu). Wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.”

Cara Pembacaan

Selawat ini sangat digalakkan untuk dibaca sebanyak 1,000 kali selepas anda menunaikan solat Maghrib.

Anda juga digalakkan untuk membaca selawat ini pada setiap hari sebanyak 3,333 kali, atau 7,000 hingga 10,000 kali sehari.

Dengan mengamalkan selawat ini dalam kehidupan seharian anda, lebih banyak manfaat yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T, yang bakal anda peroleh.

Kelebihannya

Banyak kelebihan yang bakal anda peroleh dengan mengamalkan Selawat Jibril ini antaranya adalah:

  • Mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak
  • Menjadi insan yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat
  • Diampunkan dosa dan diangkat darjatnya oleh Allah
  • Dimakbulkan segala doa
  • Diberikan kecukupan hidup oleh Allah
  • Allah membalas selawat hamba Nya
  • Mendapat pahala
  • Menenangkan serta menghilangkan rasa risau dan dukacita

Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberikan anda maklumat dan ilmu pengetahuan berkenaan Selawat Jibril ini.

Anda juga boleh membeli buku selawat ke atas nabi ini, bagi menambah lagi pengetahuan anda tentang jenis-jenis selawat yang boleh diamalkan umat Islam.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.