Advertisements

VIBES 2.0: Cara Pendaftaran & Kaedah Menyemak Pencen JHEV

Tahukah anda bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkenaan dengan pencen veteran ATM sudah boleh diakses melalui laman sesawang Veteran Integrated Benefit System atau VIBES 2.0

Melalui laman sesawang inI, Veteran Angkatan Tentera Malaysia, boleh memperoleh pelbagai maklumat berkenaan persaraan dan pencen mereka, seperti penyata pencen, bantuan kebajikan dan sebagainya.

Berikut kami kongsikan kepada anda dengan lebih terperinci tentang portal Veteran Integrated Benefit System ini. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lanjut.

Portal Pencen JHEV/ATM (VIBES 2.0)

VIBES 2.0 atau nama penuhnya Veteran Integrated Benefit System ialah laman web atau portal yang telah dihasilkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi memudahkan urusan veteran dalam menyemak hal-hal berkenaan persaraan dan pencen mereka.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dengan menggunakan portal ini ia dapat meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada veteran tentera dan tanggungan mereka.

Hal ini demikian kerana, melalui sistem pangkalan data baharu ini, keupayaan pengurusan, pemantauan, pelaporan maklumat warga veteran dan waris akan lebih berkesan.

Berikut merupakan antara fungsi utama VIBES 2.0 ini:

  • Menghebahkan maklumat berkenaan kemudahan dan permohonan.
  • Semakan status permohonan.
  • Semakan faedah persaraan.
  • Hebahan tarikh jadual pencen.
  • Semakan bantuan kebajikan.
  • Kemaskini maklumat peribadi dan waris.
  • Untuk melakukan tuntutan perubatan.
  • Pengurusan persatuan veteran.

Cara Pendaftaran VIBES 2.0

  1. Pergi ke laman rasmi VIBES 2.0
  2. Klik “Daftar Pengguna”.
  3. Pilih “Jenis Pengguna” seperti di bawah:
    • Veteran ATM
    • Waris
    • Syarikat
  4. Isi maklumat yang dikehendaki.
  5. Klik “Semak” untuk membuah pengesahan no. veteran
  6. Tanda pada Terma dan Syarat pada ruangan yang disediakan.
  7. Klik Hantar. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel.

Anda boleh lihat infografik yang disediakan JHEV di bawah untuk maklumat lebih jelas:

pendaftaran_vibes_2.0

Cara Semakan Penyata Pencen

Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata pencen, berikut adalah cara untuk melakukan semakan penyata menggunakan portal Veteran Integrated Benefit System ini:

  1. Layari laman rasmi VIBES 2.0
  2. Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
  3. Pada halaman utama klik pada “Semakan Penyata”.
  4. Seterusnya pilih Tahun Penyata yang diinginkan.
  5. Masukkan kod pengesahan.
  6. Tekan butang Cetak Penyata Pencen.

Contoh penyata pencen yang bakal anda peroleh setelah melakukan proses di atas:

penyata-pencen-atm

Tarikh Pembayaran Pencen

Berikut merupakan tarikh pembayaran pencen bagi Veteran ATM untuk tahun 2023 ini:

VIBES PENCEN

Bantuan Khas Penghargaan Veteran 2023

Pada 27 Julai 2023 yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berkenaan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam bagi menghargai jasa mereka.

Veteran ATM merupakan antara pesara yang bakal menerima bantuan khas penghargaan ini. Bantuan Khas Penghargaan ini akan diagihkan pada 10 Ogos 2023.

Oleh itu pastikan anda sudah memiliki akaun dan jika anda sudah mempunyai akaun pastikan anda sudah melakukan pengemaskinian maklumat peribadi dan akaun bank di VIBES 2.0 bagi memastikan sumbangan tersebut dapat diserahkan dengan mudah.

vibes 2.0

Baca Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) 2023 untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini.

Maklumat Lanjut

JHEV ATM boleh dihubungi melalui talian atau klik link WhatsApp yang tertera :

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari;

Bagi anda yang mempunyai rakan-rakan yang bakal pencen atau menjadi veteran anda boleh membeli cenderahati seperti di sini untuk dihadiahkan buat mereka sebagai kenang-kenangan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.