Bagi anda yang mempunyai buah hati, anda boleh menggunakan koleksi pantun cinta di bawah buat menggembirakan hati si dia.
Teruskan membaca sehingga ke penghujung bagi mencari pantun yang bersesuaian dengan kekasih hati anda.
Apa itu Pantun?
Pantun ialah bentuk puisi lisan Melayu yang digunakan untuk menyatakan idea dan emosi yang rumit, yang biasanya terdiri daripada baris bernombor genap dan berdasarkan skema berima ABAB.
Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang lebih dikenali sebagai pantun dua kerat dalam bahasa Melayu, manakala pantun terpanjang, pantun enam belas kerat mempunyai 16 baris.
Pantun Cinta pula merupakan pantun yang ingin menyatakan emosi sayang, kasih dan seangkatan dengannya yang boleh kita berikan kepada pasangan kita seperti suami, isteri ataupun kekasih.
Berikut kami kongsikan kepada anda koleksi dan contoh-contoh pantun cinta berdasarkan bari
Koleksi Pantun Cinta 2 Kerat
Berikut merupakan koleksi pantun cinta 2 kerat yang anda boleh berikan kepada pasangan anda:
1. Burung terbang melayang-layang,
Sudikah dirimu ku panggil sayang?
2. Burung puyuh di atas awan
Pesonamu sungguh menawan.
3. Minum jamu makan nangka
Lihat kamu langsung ku suka.
4. Anak katak dipanggil berudu,
Kalau nak tahu, you lah yang I rindu.
5. Jalan-jalan di atas titi,
Hanya kamu yang ingin kujadikan isteri.
6. Hendak memanggang si anak rusa,
Hanya engkau yang aku suka.
7. Bila cinta sudah melekat,
Tahi unta serasa coklat.
8. Punya ilmu terbang melayang
Ada kamu yang aku sayang.
9. Jalan-jalan di kota lama,
Jadilah teman hidupku selamanya.
10. Kasih sayang harus dirai
Jika nak tahu kau yang ku cintai.
11. Haus minum, badan pun segar
Kamu tersenyum hatiku bergetar.
12. Tidur malam terbayang-bayang
Kalau nak tahu cintamu buat ku melayang.
13. Buah kemumu dimakan ikan
Senyumanmu tak bisa kulupakan.
14. Dalam cinta ada benci,
Sudikah di kau menjadi isteri.
15. Rakit hulu untuk ke menara,
Sakit rindu ubatnya apa?
16. Kopi manis tumpah gula,
Dirimu selalu buatku tergila-gila.
17. Buluh bambu dibuat anyaman
Kutunggu kamu sepanjang zaman.
18. Pergi aquaria jumpa ikan yu,
Hai baby, I love you.
19. Ke kota Kendari memungut udang
Di setiap mimpi, abang selalu datang.
20. Hujan rintik jatuh ke tanah
Wajah cantik orangnya ramah.
Baca juga: Contoh Pantun Kemerdekaan Sempena Bulan Kebangsaan
Koleksi Pantun Cinta 4 Kerat
Buah selasih di tepi titi,
Anak itik menarik kencana,
Ada rindu bertakhta di hati,
Jauh terkenang awak di sana.
Sumber: @MuhdAmiRrudin2
Pungut selasih menjelang petang,
letak dalam penapis kelabu;
selaut kasih membentang sayang,
berombak dendam mengemis rindu.
Membajak sawah berbilang bendang,
bermandi keringat lenjumkan baju;
tidak betah sesaat menghilang,
hendak mendekat setiap waktu.
Sepiring keranji menghias meja,
untuk santapan tetamu berkunjung;
saling berjanji mengungkap setia,
segala halangan sama diharung.
Sumber: mislizatahir
Mawar putih indah berseri,
Harum mewangi di dalam kehidupan,
Walau sunyi tanpa henti,
Rindu sayang di dalam kedamaian.
Indahnya gunung jerai,
Sesucinya kasih kerinduan,
Bersama cebisan takkan pergi,
Walau jauh dari sudut pandangan.
Si manis dalam senyuman,
Kita harungi penuh rasa,
Langkah itu daku simpan,
Bersama kita lalui dengan berlapang dada.
Kelopak bunga indah dihati,
Cinta sayang tersenyum riang,
Kita jalan sentiasa disisi,
Walau ada yang datang bertandang.
Sumber: Rindu Bayangan
Subuh berlalu beransur siang,
Embun gemerlap di daun muda,
Sungguhlah rindu teramat sayang,
Namun berharap biar berpada.
Bahtera dagang tak berkemudi,
Usang di teluk ombak menghempas;
Hatinya orang tak termiliki,
Sedang ditakluk boleh terlepas.
Sudah dibelah sebiji manggis,
Ambillah seulas berikan saya;
Usah dimadah janji yang manis,
Cukuplah ikhlas memegang percaya.
Lebat memutih bunga melati,
Harum merata dihembus semilir;
Adat berkasih terasa hati,
Air mata mudah mengalir.
Gununglah Tahan berkabus putih,
Tampak membiru berbalam-balam;
Kalaulah bukan kerana kasih,
Tidak kutunggu siang dan malam.
Sumber: Haslina Ridzwan
Selain pantun-pantun yang menarik ini anda juga boleh membeli hadiah atau barangan idaman yang dinginkan pasangan anda, bagi menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada mereka.