Advertisements

SPMU : Cara Mendaftar, Jadual, & Tarikh Peperiksaan 2023

Tahukah anda jika anda gagal dalam peperiksaan SPM bagi tiga subjek iaitu subjek Sejarah, Bahasa Melayu, dan Matematik anda boleh menjalani SPM Ulangan (SPMU) bagi menambah baik keputusan anda.

SPM Ulangan ini hanya dijalankan untuk tiga subjek ini sahaja kerana, jika anda gagal subjek-subjek ini anda tidak boleh menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya

Berikut kami kongsikan kepada anda tentang SPM Ulangan dan bagaimana anda boleh mendaftar untuk menjalani ujian ini. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lanjut.

Apa itu SPMU?

Untuk pengetahuan anda jika anda gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, anda dikira gagal keseluruhan peperiksaan tersebut.

Perkara ini akan memberi kesan kepada anda apabila anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya atau untuk mencari pekerjaan. Oleh itu, apabila anda gagal dalam kedua-dua subjek ini, anda sangat digalakkan untuk menduduki SPM Ulangan.

SPMU ini merupakan peluang kedua buat anda yang gagal dalam SPM untuk mengubah keputusan anda.

Bagi tahun 2023, SPMU dilaksanakan pada bulan September 2023 dengan mata 3 mata pelajaran yang terdiri daripada 8 kertas peperiksaan. Tiga mata pelajaran tersebut ialah:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik

Tarikh SPM Ulangan

Bagi anda yang ingin mengambil semula ujian Bahasa Melayu, Sejarah atau Matematik, anda boleh mula mendaftar daripada 8 April 2023 sehingga 16 Jun 2023.

SPMU

Cara Mendaftar

Anda boleh melakukan pendaftaran sebagai calon persendirian SPMU 2023 dengan cara berikut:

  1. Pergi ke laman rasmi SSPAT dan klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)”.
  2. Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU.
  3. Masukkan maklumat yang diminta.
  4. Sahkan maklumat yang diisi, kemudian klik Teruskan.
  5. lengkapkan maklumat peribadi yang diminta dan klik Teruskan.
  6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin ambil semula. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
  7. Pilih pusat peperiksaan anda. *Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
  8. Semak maklumat dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
  9. Mesej pengesahan maklumat akan dipaparkan sebelum borang pendaftaran anda dihantar. Klik butang OK.
  10. Kemudian sistem akan bawa anda ke laman bayaran perbankan elektronik selepas borang dihantar untuk melengkapkan proses pendaftaran. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

*NOTA: Lihat dalam dokumen dibawah bagi panduan pendaftaran yang lebih jelas.

Jadual SPM Ulangan 2023

Bagi anda yang telah mendaftar, SPMU 2023 ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu daripada 4 September 2023 sehingga 6 September 2023 seperti yang tertera dalam jadual di bawah.

Jadi pastikan anda peka dengan tarikh dan waktu berlangsunya peperiksaan subjek yang anda bakal duduki dan pastikan yang anda telah hadirkan diri sekurang-kuranganya 10 mini lebih awal untuk melapor diri dan membuat pengesahan kehadiran oleh pengawas bilik menunggu.

Peringatan Penting Kepada Calon SPMU 2023

  1. Permohonan calon persendirian hanya dilakukan secara atas talian sahaja di laman sesawang sppat.moe.gov.my.
  2. Calon hendaklah memastikan semua maklumat yang diberikan adalah:
    • benar seperti dalam dokumen pengenalan diri;
    • mata pelajaran yang dimohon adalah tepat; serta
    • E-mel dan no. telefon bimbit yang boleh dihubungi.Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.
  3. Pendaftaran Calon Mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPMU/SPMU(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  4. Membuat pendaftaran SPMU di portal Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 antara 08/04/2023 sehingga 16/06/2023.
  5. Pembayaran dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik. (sila simpan resit untuk rujukan).
  6. Semakan pendaftaran boleh disemak mulai 01/08/2023.
  7. Sila cetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) Ujian Bertutur/Lisan/Ujian Bertulis yang mempunyai angka giliran, pusat peperiksaan calon dan jadual waktu peperiksaan. Sila bawa PPP dan dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
  8. Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah dimohon di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar antara 07/06/2023 sehingga 14/06/2023 berserta bayaran.
  9. Permohonan pembetulan maklumat calon/mata pelajaran hendaklah dimohon di JPN tempat calon mendaftar antara 07/06/2023 sehingga 14/06/2023 berserta bayaran.
  10. Sila cetak semula PPP jika terdapat pengemaskinian maklumat/mata pelajaran yang telah diluluskan.
  11. Kenyataan Semakan bukanlah dokumen rasmi pendaftaran. Ia adalah sebagai makluman awal bahawa calon telah melaksanakan pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan SPMU ini anda boleh terus ke laman rasmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SSPAT) bagi mendapatkan jawapan.

Sebagai persediaan menghadapi SPM Ulangan ini anda boleh dapatkan set soalan dan latihan kertas peperiksaan sebenar SPM di sini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.