Advertisements

Panduan Cara Pengiraan Zakat ASB

Tahukah anda, umat Islam wajib menunaikan zakat wang simpanan dan Amanah Saham Berhad (ASB) sekiranya ia melebihi kadar nisab yang ditetapkan?

Daripada 100% simpanan, 97.5% adalah simpanan di dunia manakala 2.5% adalah simpanan kita di akhirat kelak dengan menunaikan zakat untuk diberikan kepada mereka yang berhak.

Untuk makluman, zakat terbahagi kepada dua iaitu:

  • Zakat fitrah
  • Zakat harta

Dalam kategori zakat harta, ianya terbahagi kepada beberapa bentuk dan sumber seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat saham, zakat perniagaan, termasuk zakat wang simpanan.

Dalam hal ini, ASB adalah berbentuk simpanan pelaburan dan menjadi kewajiban umat Islam untuk membayar zakat yang dikenakan berdasarkan nilai pokok yang disimpan atau dilaburkan berserta dividen.

Dalil Pengeluaran Zakat Simpanan

Dalil pengeluaran zakat simpanan ini boleh dilihat menerusi hadis berikut:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu mata wang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali setelah genapnya haul (setahun).”(Riwayat Abu Dawud dan al-Baihaqi)

Satu lagi hadis daripada Rasulullah S.A.W menyebut:

“Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu”(Riwayat Imam al-Bukhari).

Untuk makluman, nilai setengah dinar (0.5 dinar) itu adalah menyamai 2.5 peratus (atau 1/40 bahagian) ke atas keseluruhan 20 dinar atau 200 dirham berkenaan (2.5% x 200 dirham=5 dirham).

Formula Taksiran Zakat

Formula taksiran zakat simpanan ini adalah seperti berikut:

Baki akhir pelaburan tahunan x 2.5 peratus

Ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui contoh di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai zakat ASB, sila layari laman web https://azka.zakat.com.my/2022/zakat-ke-atas-pelaburan-asb/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.