Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan 2022 ditetap oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21 seorang berbanding satu kadar bayaran iaitu RM7 tahun lalu. 

Kadar terbabit juga telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Penetapan pilihan pada tiga kadar harga itu berdasarkan kepada kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan iaitu pada satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram.

Walaubagaimanapun, pihak MAINS memberi pilihan kepada umat Islam di Negeri Sembilan di mana kepada sesiapa yang ingin membayar lebih berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Menurut pengerusinya, kadar asas RM7 seorang adalah jumlah terendah. Umat Islam yang ingin membayar lebih daripada kadar tersebut adalah digalakkan membayar mengikut kadar zakat sebanyak RM10 seorang dan RM21 seorang.

Cara Bayar Zakat Fitrah Negeri Sembilan

Cara pembayaran kadar zakat fitrah Negeri Sembilan boleh dibuat melalui cara di bawah:

  1. ePayment Zakat NS
  2. Portal myEG
  3. aplikasi PBMains
  4. SnapNPay
  5. JomPAY.
  6. Kaunter zakat berkenaan dibuka tujuh hari seminggu sepanjang bulan Ramadan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.
  7. 1400 amil bertaliah di masjid dan surau terpilih.

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah Kedah 2022 Dan Cara Bayaran

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bantuan Hari Raya

Bantuan sebanyak RM500 hingga RM700 berbanding RM350 tahun lepas bagi setiap keluarga akan disalurkan tahun ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.