Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Terengganu 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Terengganu 2022 ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada kadar RM7 seorang.

Penetapan kadar zakat fitrah itu dinilai berdasarkan harga gred Super Tempatan dengan lima peratus hancur dalam pasaran. Kadar tersebut adalah pada kadar yang sama sejak 2016.

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata penetapan kadar zakat fitrah itu diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.

Cara Bayar Zakat Fitrah Terengganu

Cara pembayaran zakat fitrah Terengganu boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  1. Pautan ezakat MAIDAM
  2. Aplikasi Mudah Alih SnapNPay / Tulus
  3. Aplikasi JomPAY
  4. Portal MyEG
  5. Perbankan Internet
  6. Melalui 966 amil bertauliah.

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2022 Dan Cara Bayaran

Hukuman Berat Bagi Pembayaran Zakat Tidak Bertauliah

Mereka yang tidak bertauliah dan didapati bersalah memungut zakat serta fitrah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ini termaktub di dalam Seksyen 40, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Manakala umat Islam yang membuat bayaran zakat dan fitrah kepada mereka yang tidak bertauliah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements