Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Semester 1 2020
Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh membuat semakan untuk kemasukan ke Tingkatan 6 bagi semester 1 tahun 2020.
Calon-calon boleh mula membuat semakan bermula 1 Julai hingga 14 Julai 2020.
Tingkatan 6 merupakan salah satu pilihan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain memasuki Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti atau institusi pengajian tinggi yang lain.
Kemasukan ke Tingkatan 6 tidak melalui proses permohonan sebaliknya calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat ke Tingkatan 6 akan ditawarkan secara automatik.
Baca juga: Permohonan BSM Pahang Untuk Sekolah Menengah RM500
Syarat-Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6
Terdapat beberapa syarat kemasukan bagi calon lepasan SPM untuk ke Tingkatan 6 iaitu:
- Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Calon perlulah berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2020.
- Syarat khas mengikut bidang boleh dirujuk melalui portal KPM iaitu https://sst6.moe.gov.my/
Langkah-Langkah Membuat Semakan
Calon-calon boleh membuat semakan melalui 2 kaedah berikut:
- Semakan melalui laman web
i) Layari laman web https://sst6.moe.gov.my/
ii) Klik bahagian semakan tawaran.
iii) Masukkan nombor kad pengenalan.
iv) Tekan klik untuk semak. - Semakan melalui SMS
i) Taip MOE<jarak>T6<jarak>ANGKAGILIRAN & SMS ke 15888.
Contoh: MOE T6 AA12A124; atau
ii) Taip MOE<jarak>NOMBOR KAD PENGENALAN & SMS ke 15888.
Contoh: MOE T6 890314056424
Bagi calon yang membuat semakan menggunakan SMS, caj RM0.15 dikenakan untuk penghantaran dan RM0.20 untuk caj penerimaan.
Info Penting
Bagi calon yang berjaya, anda perlu melapor diri ke Kolej Tingkatan 6 atau Pusat Tingkatan 6 yang ditawarkan pada 15 Julai 2020.
Kegagalan calon melapor diri pada tarikh berkenaan dianggap menolak atau tidak berminat dengan tawaran tersebut.
Proses Membuat Rayuan
Bagi calon-calon yang tidak berjaya, KPM turut memberikan peluang untuk calon-calon membuat rayuan.
Namun, permohonan tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan 6 atau Pusat Tingkatan 6.
Proses-proses membuat rayuan tersebut adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://sst6.moe.gov.my/
- Muat turun Borang Rayuan bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK).
- Isikan maklumat yang dikehendaki.
- Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada:
i) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI);
ii) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh untuk rayuan kemasukan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu; atau
iii) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
Soalan Lazim
Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak daripada portal https://sst6.moe.gov.my/ setelah calon membuat semakan tawaran kemasukan.
Calon perlu segera merujuk ke JPN atau PPD untuk maklumat lanjut.
Pakaian pelajar lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian pelajar perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim seperti jeans atau pakaian lain seperti cargo pants, seluar pendek, atau legging tidak dibenarkan. Pelajar juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu.
Tidak. Tiada penangguhan untuk masuk ke Tingkatan 6 akan diberikan. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan 6 bermula dengan Semester 1 setiap tahun. Jika calon tidak menerima tawaran pada tahun semasa, bermakna calon menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa, calon boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan 6 pada tahun yang berikutnya tertakluk pada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam.
Calon yang layak dikehendaki untuk mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Bidang Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun daripada portal https://sst6.moe.gov.my/. Selepas lengkap diisi, borang-borang tersebut mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah yang asal. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke JPN/PPD melalui sekolah masing-masing.
Pertanyaan & Info Lanjut
Calon-calon yang mempunyai pertanyan atau ingin mengetahui info lebih lanjut, anda boleh menghubungi:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
No. Telefon : 03-8884 9370
Calon juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected]