Advertisements

Kempen Bayar Saman PDRM: Diskaun Saman 50% Mulai 18 Jun 2021

Advertisements

Orang ramai yang masih mempunyai tunggakan saman, anda boleh mendapatkan pengurangan saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kempen Bayar Saman menerusi aplikasi dan portal MyBayar Saman.

Untuk makluman, MyBayar Saman adalah portal dan aplikasi terbaharu yang membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Pihak PDRM memaklumkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semua pembayaran saman di kontinjen dan ibu pejabat polis daerah ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan wabak COVID-19.

Pengurangan bayaran saman ini diharap mampu membantu orang ramai yang terkesan akibat situasi sukar disebabkan penularan wabak COVID-19 ini.

Tarikh Permohonan Diskaun

Orang ramai boleh memohon pengurangan bayaran saman trafik mulai 18 Jun sehingga 18 Julai 2021 menerusi portal atau aplikasi MyBayar Saman.

Saman Tidak Layak Diskaun

Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% menerusi Kempen Bayar Saman PDRM kecuali:

  • Saman Tidak Patuhi Lampu Merah 2021
  • Saman Lorong Kecemasan 2021
  • Saman Potong Secara Merbahaya 2021
  • Saman Potong di Garisan Berkembar 2021
  • Saman Kemalangan 2021
  • Saman Dalam Perbicaraan
  • Saman Tidak Boleh Kompaun
  • Saman Berkaitan Lori
  • Saman Berkaitan Ekzos

Cara Pembayaran

Untuk membuat pembayaran, pengguna boleh membuat pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

i) Pembayaran Melalui Portal

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

ii) Pembayaran Melalui Aplikasi

  1. Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
  6. Butiran dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
  8. Pilih saman yang hendak dibayar.
  9. Pilih mod bayaran.
  10. Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
  11. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.

Pertanyaan Lanjut

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.