Advertisements

Kos Haji 2023: Bayaran Penuh dan Bantuan Kewangan Haji

Pada 20 Mac 2023, Tabung Haji telah mengumumkan kos haji bagi tahun 2023 untuk semua golongan masyarakat Muslim di Malaysia serta bantuan kewangan haji yang diagihkan secara bersasar mengikut kategori penerima.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bayaran haji 2023 dan bantuan kewangan haji ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujungnya.

Kos Haji

Berikut merupakan penerangan berkenaan setiap bayaran yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang ingin menunaikan ibadah haji bersama Tabung Haji (TH).

  • Kos haji : Bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji
  • Kos langsung Jemaah Muassasah: Kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi. 
  • Bayaran haji : Sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada Tabung Haji untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. 

Bagi tahun 2023/1444H ini, Tabung Haji telah menetapkan kos haji sebanyak RM30, 850.00 bagi setiap individu dengan jumlah bayaran haji bagi setiap jemaah Muassasah berbeza mengikut taraf pendapatan mereka.

kos haji

Bantuan Kewangan Haji dan Bayaran Kos Haji 2023/1444 H

Bantuan Kewangan Haji bersasar telah dilaksanakan oleh Tabung Haji tahun ini bagi mengurangkan beban kewangan, agar dapat mencapai matlamat utama Tabung Haji dalam menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini untuk mengerjakan ibadah haji di samping menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan demi kebajikan jemaah haji Malaysia.

Kos haji

Berbeza dengan tahun sebelumnya, bantuan kewangan tahun ini diberikan secara bersasar, kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu golongan B40, M40 dan T20.

Bantuan Kewangan Haji B40

Kadar Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji pada tahun 2023 ini telah ditetapkan pada RM10,980 dengan potongan sebanyak 64% dan bantuan tambahan daripada kerajaan sebanyak RM1,000.

Oleh itu, kadar bayaran haji bagi golongan ini tiada kenaikan berbanding tahun 2022.

Bantuan Kewangan Haji M40

Bagi jemaah Haji dari golongan M40, Potongan sebanyak 48 peratus telah diberikan kepada golongan ini, namun begitu, bayaran Haji bagi golongan ini telah meningkat sebanyak RM3,000 dengan jumlah bayaran RM15,980 seorang bagi tahun 2023.

Kos Haji T20 dan Individu Rayuan Luar Giliran

Bagi individu dalam kumpulan T20 dan individu yang melakukan rayuan luar giliran tiada potongan bantuan kewangan haji yang akan diberikan, dan mereka harus membayar penuh kos haji 2023 iaitu sebanyak RM30,850 seorang untuk menunaikan haji secara Muassasah

Nota: Bayaran penuh ini terkecuali ke atas individu yang melakukan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.

Kos Tidak Langsung

Tabung Haji masih terus menanggung kos-kos tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

Pengeluaran KWSP Bakal Haji

Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun Tabung Haji bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji mereka.

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Mengemukakan Penyata Simpanan Tabung Haji ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun

Maklumat Lanjut Berkenaan Kos Haji

Bagi pengguna atau bakal pengguna yang mengingikan maklumat lanjut atau terdapat masalah atau persoalan yang ingin ditanya, anda boleh mengajukan soalan tersebut kepada:

Baca Juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.