Advertisements

MyLesen GDL Lori 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN PESERTA BAGI MYLESEN GDL LORI TAHUN 2024

MyLesen GDL merupakan kesinambungan program MyLesen GDL 2.0, yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030.

Melalui program ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat boleh mendapatkan lesen vokasional iaitu lesen kenderaan perdagangan secara percuma, kerana program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang MyLesen GDL Lori ini dan cara melakukan permohonan. Pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

MyLesen GDL Lori 2024

Sebelum ini, pelaksanaan MyLesen GDL 2.0 ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030.

Namun begitu, pada tahun hadapan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dan meneruskan Program MyLesen GDL Lori bagi tahun 2024.

Melalui program ini, seramai 750 peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas E dan Lesen Vokasional GDL Kelas E Bersendi.

Tujuan Program MyLesen GDL Lori

Program MyLesen GDL Lori ini dijalankan dengan tujuan berikut:

  • Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perdagangan.
  • Melahirkan pemandu kenderaan perdagangan yang kompeten.
  • Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam industri pengangkutan perdagangan di Malaysia.

Kuota Peserta 2024

Bagi tahun 2024 ini, kuota peserta yang layak untuk mengikuti program ini adalah seramai 750 PESERTA SAHAJA.

Jadi, bagi anda yang betul-betul berminat pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai program ini.

MyLesen GDL Lori 2024

Syarat Permohonan

Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk program bantuan MyLesen GDL Lori 2024 ini:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
  5. Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
  6. Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D Lebih Satu (1) Tahun
MyLesen GDL Lori 2024

Terma & Syarat Penyertaan

Bagi anda yang ingin memohon subsidi MyLesen GDL Lori ini anda perlu pastikan anda memenuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan di bawah:

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan GDL.
  3. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  4. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
  5. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  6. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  7. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  8. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  9. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  10. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Cara Memohon MyLesen GDL Lori

Bagi anda yang berminat dengan program ini anda boleh dapatkan borang permohonan secara atas talian dengan scan kod QR yang disediakan di bawah:

ATAU;

Anda boleh menekan pautan Google Form di sini: link

*NOTA: Setelah berjaya memperoleh borang tersebut, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Baca juga: Renew Lesen GDL : Kaedah Dan Syarat Pembaharuannya

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat email: [email protected] atau merujuk kepada pautan FAQ berkaitan Program ini: 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.