BERIKUT KAMI KONGSIKAN KAEDAH PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN BAGI MYLESEN PSV BAS BAGI TAHUN 2024
MyLesen PSV merupakan salah satu program di bawah kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang diwujudkan selari dengan program MyLesen GDL Lori
Melalui program ini, 750 rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh mendapatkan lesen vokasional iaitu kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing/Teksi/Bas (BTM > 7,500 kg), secara percuma.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentan MyLesen PSV ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
MyLesen PSV Bas 2024
Program MyLesen PSV Bas 2024 merupakan kesinambungan daripada program program seumpamanya yang dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) pada tahun 2023.
Program MyLesen PSV Bas Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 750 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV) Bas (BTM > 7,500kg)
Menerusi program ini peserta akan ditawarkan dan dibiayai untuk menjalani kursus, latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV) Bas (BTM > 7,500 kg)
Kuota Peserta
Bagi tahun 2024 ini, kuota peserta yang layak untuk mengikuti program ini adalah seramai 750 PESERTA SAHAJA.
Jadi, bagi anda yang betul-betul berminat pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai program ini.
Tujuan Program MyLesen PSV Bas
Program MyLesen PSV Bas ini dijalankan dengan tujuan berikut:
- Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam (Bas).
- Melahirkan pemandu pemandu kenderaan perkhidmatan awam (Bas) yang kompeten.
- Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam industri pengangkutan awam dan pelancongan di Malaysia.
Syarat Permohonan
Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk program bantuan MyLesen PSV Bas 2024 ini:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
- Bebas Senarai Hitam Мahkamah, JPJ dan PDRM
- Telah Memiliki Lesen Kompeten (CDL) Kelas D Lebih Satu (1) Tahun
Terma & Syarat Penyertaan
Bagi anda yang ingin memohon subsidi MyLesen PSV Bas ini anda perlu pastikan anda memenuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan di bawah:
- Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
Cara Permohonan MyLesen PSV Bas
Bagi anda yang berminat dengan program ini anda boleh dapatkan borang permohonan secara atas talian dengan scan kod QR yang disediakan di bawah:
ATAU;
Anda boleh menekan pautan Google Form di sini: link
*NOTA: Setelah berjaya memperoleh borang tersebut, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Baca juga: Renew Lesen GDL : Kaedah Dan Syarat Pembaharuannya
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat email: [email protected] atau merujuk kepada pautan FAQ berkaitan Program ini: