Advertisements

MYWiT: Insentif Gaji & Latihan Majikan Bagi Pengambilan Penganggur

Majikan yang mengambil penganggur sebagai pekerja akan ditawarkan insentif gaji dan latihan menerusi MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Untuk makluman, MYWiT adalah insentif yang diberikan kepada majikan untuk menggambil penganggur sebagai pekerja bagi pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital melalui insentif gaji dan latihan.

Insentif ini dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk mendorong para majikan memberikan peluang pekerjaan kepada warga Malaysia yang menganggur.

Majikan yang berminat untuk mendapatkan insentif ini boleh membuat permohonan segera secara atas talian.

Manfaat MYWiT

Manfaat insentif ini kepada majikan adalah dapat mengurangkan kos pengambilan pekerja baru dengan subsidi gaji dan insentif yang ditawarkan.

Bagi pencari kerja, keupayaan mereka akan digandakan dan dapat memulakan kerjaya di syarikat teknologi atau perkhidmatan digital tersebut.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran digital dan teknologi dengan kos yang lebih rendah dengan insentif latihan yang diberikan.

Pengambilan Jawatan

Insentif ini akan melibatkan pengambilan jawatan pekerja bagi 2 jawatan berikut:

  • Jawatan dalam bidang Teknologi Digital bagi mana-mana industri.
  • Jawatan dalam bidang Perkhidmatan Digital bagi mana-mana industri.

Insentif Yang Ditawarkan

Insentif yang bakal dinikmati majikan menerusi insentif ini merangkumi:

  • Subsidi gaji:
    – 40% daripada gaji bulanan selama 6 bulan (maksimum insentif yang diberikan adalah sebanyak 40% daripada RM6,500/bulan, iaitu RM2,600/orang/bulan)
    – Gaji minumum: RM2,000/month
  • Subsidi latihan bagi latihan dalaman atau luaran/pihak ketiga:
    – Latihan dalaman (minimum 40 jam/orang): sehingga RM5,000/orang
    – Latihan luaran: sehingga RM8,000/orang (tidak termasuk 6% SST)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi majikan yang ingin memohon insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Syarikat tersebut merupakan syarikat diperbadankan di Malaysia bawah Akta Syarikat 1965/Akta Syarikat 2016.
  2. Modal berbayar minimum: RM20,000.
  3. Syarikat tidak tertakluk kepada perintah pembubaran/penggulungan/tidak aktif.
  4. Bukan syarikat sektor awam, persekutuan, badan berkanun negeri/pihak berkuasa tempatan (PBT).
  5. Menawarkan pekerjaan minimum selama 12 bulan.
  6. Tidak mempunyai hubungan keluarga/perniagaan rapat dengan ahli Lembaga pengarah, pemegang saham/pekerja MDEC.

Bagi pekerja pula, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tiada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 2 bulan/siswazah baru/pekerja yang diberhentikan.
  3. Tarikh mula bekerja dengan syarikat antara 5hb April 2021 hingga 30 April 2022.
  4. Bukan ahli keluarga terdekat kepada pengarah/pemegang saham dalam syarikat pengambilan pekerja.
  5. Bukan penerima/bekas penerima manfaat mana-mana insentif MYWiT daripada mana-mana syarikat.
  6. Bukan sebahagian daripada peserta program PenjanaKerjaya, Jamin Kerja dan Penjana KPT-CAP.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan insentif ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Dapatkan calon pekerja dan pilih latihan yang bersesuaian.
  2. Buat permohonan dalam talian menerusi https://mdec.my/ms/mywit/ dan muat naik dokumen sokongan.
  3. Terima permohonan daripada MDEC.
  4. Majikan menandatangani perjanjian perkongsian.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa permohonan adalah seperti berikut:

  1. Maklumat syarikat
    – Sijil SSM
  2. Maklumat pekerjaan termasuk:
    – Penerangan bagi pekerjaan yang dipohon.
  3. Maklumat pekerja termasuk:
    – Salinan surat tawaran pekerjaan minimum 12 bulan.
    – Salinan MyKad pekerja baru.
    – Maklumat pekerja (templat disediakan).
    – Salinan transkrip akhir/sijil/surat rasmi tamat pengajian daripada Universiti/Institusi (bagi siswazah baru).
    – Surat Pemberhentian Pekerja (bagi pekerja yang diberhentikan).
  4. Maklumat Latihan Latihan:
    – Templat latihan luaran (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel).
    – Sebutharga untuk kursus yang dipilih.
  5. Maklumat Latihan Luaran:
    – Templat latihan dalaman (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel).
    – Profil Pelatih atau CV pelatih (jika pelatih tidak mempunyai LinkedIn).
  6. Pengisytiharan bertulis yang menyatakan bahawa semua dokumen dan maklumat yang dihantar adalah benar dan ditandatangani oleh penandatangan sah majikan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MYWiT, sila layari laman web https://mdec.my/ms/mywit/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.