Advertisements

Semakan BKM Fasa 1 & Tarikh Pembayaran (Mulai 28 Mac 2022)

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi Fasa 1akan mula disalurkan secara berperingkat kepada orang ramai yang layak mulai 28 Mac 2022.

Untuk makluman, pelaksanaan BKM telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu.

Menerusi pembayaran BKM Fasa 1 ini, seramai 8.6 juta penerima akan menerima bantuan ini melibatkan 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, dan 3.4 juta individu bujang.

Oleh itu, semakan status BKM boleh dibuat oleh orang ramai mulai 28 Mac 2022 secara atas talian.

Kategori Penerima

Kategori penerima untuk pembayaran BKM ini adalah seperti berikut:

Jumlah Pembayaran

Jumlah pembayaran BKM bagi Fasa 1 adalah daripada RM100 kepada RM300 bagi ketiga-tiga kategori iaitu isi rumah, warga emas, dan individu bujang.

Bagi jumlah pembayaran secara keseluruhan, jumlah pembayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Selain itu, kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran untuk BKM Fasa 1 akan dibuat pada tarikh berikut:

PenerimaTarikh Pembayaran
Isi rumah, warga emas, dan individu bujang28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)30 Mac

Proses Pembayaran

Proses pembayaran BKM ini akan dikreditkan secara terus kepada akaun penerima pada tarikh yang ditetapkan.

Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh mengambil bantuan ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Panduan dan SOP pengambilan wang bantuan ini melalui BSN akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan BKM Fasa 1, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web BKM iaitu https://bkm.hasil.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Log Masuk BKM.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  4. Klik ‘Ya’ dan masukkan kata laluan diikuti dengan butang ‘Log Masuk.’
  5. Klik bahagian ‘Semakan Status.’
  6. Status BKM dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BKM, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.