Advertisements

Skim Insurans Keluarga Malaysia: Pelindungan Sosial Sehingga RM20,000

Golongan miskin dan miskin tegar akan dilindungi insurans sebanyak RM50 setahun menerusi Skim Insurans Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan Skim Insurans Keluarga Malaysia yang diperkenalkan tersebut akan memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar yang melibatkan 268,000 keluarga.

Menerusi pelaksanaan skim insurans ini, kerajaan memperuntukkan kos sebanyak RM13.4 juta yang akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan sistem eKasih.

Dengan adanya skim insurans ini, golongan miskin dan miskin tegar akan memperoleh pelindungan sosial setiap tahun menerusi skim insurans yang diperkenalkan ini.

Mengenai eKasih

eKasih merupakan sistem pengkalan data yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan untuk mereka yang miskin tegar.

Mereka yang layak dimasukkan ke dalam sistem eKasih adalah mereka dalam kategori miskin tegar iaitu individu yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Mereka dalam kategori miskin tegar yang ingin berdaftar boleh membuat pendaftaran di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran.

Jumlah Premium Insurans

Jumlah premium insurans menerusi skim insurans ini adalah sebanyak RM50 setahun.

Bentuk Pelindungan

Bentuk pelindungan yang akan diperoleh menerusi skim insurans ini adalah seperti berikut:

  • KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa: RM10,000 (untuk keluarga)
  • KIR meninggal dunia akibat kemalangan: RM20,000 (untuk keluarga)
  • Keilatan kekal: RM10,000

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Selain daripada peruntukan daripada kerajaan, Perdana Menteri juga memaklumkan syarikat Pru-Takaful BSN akan melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih.

CSR menerusi pelindungan insurans ini telah dilaksanakan oleh Pru-Takaful BSN lagi.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan utama bagi mereka yang akan menerima skim insurans ini ialah mereka mestilah berdaftar dengan sistem eKasih.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Insurans Keluarga Malaysia ini adakan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kredit: https://www.facebook.com/ismailsabri60

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.