Advertisements

Pengeluaran Khas KWSP RM10k: Tarikh Permohonan & Pembayaran

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat permohonan mulai 1 April 2022.

Kebenaran Pengeluaran Khas KWSP ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.

Pihak KWSP memaklumkan, tujuan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.

Namun, pihak KWSP juga menasihatkan pencarum mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.

Amaun Pengeluaran

Amaun pengeluaran yang dibenarkan bagi pencarum yang memohon adalah minimum RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2.

Namun, jika simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan mengikut jumlah permohonan.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran bagi pengeluaran khas ini dibuat dalam 1 bayaran sahaja mulai 20 April 2022.

Sebarang pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan dan bayaran pengeluaran khas adalah diutamakan berbanding pengeluaran lain.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut:

  1. Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.
  2. Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap.
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.

Cara Memohon

Permohonan bagi pengeluaran khas ini boleh dibuat menerusi pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Semasa membuat permohonan, pencarum dikehendaki memastikan perkara berikut diambil perhatian:

  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP.
  • Baki simpanan KWSP disemak.
  • No akaun bank adalah aktif (simpanan atau semasa).
  • Akaun di atas nama sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran khas ini, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi talian pengeluaran khas di 03-8922 4848.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.