Advertisements

Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan kebenaran kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah membenarkan pengeluaran KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion.

Pengeluaran tersebut melibatkan 7.34 juta pencarum sejak negara mengalami pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Tujuan Pengeluaran

Kebenaran pengeluaran khas KWSP ini dibuat berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik.

Ini kerana ada dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Walaupun kebenaran pengeluaran ini sukar dibuat kerajaan ia melibatkan simpanan hari tua rakyat, pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Permohonan Pengeluaran

Untuk permohonan pengeluaran khas KWSP ini, penjelasan lanjut akan dibuat oleh pihak Kementerian Kewangan dan KWSP.

Maklumat seteusnya mengenai perkara ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sumber: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.