Advertisements

Permohonan GPPSB: Geran Padanan Pelancongan, Seni & Budaya

Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan permohonan Geran Padanan Pelancongan, Seni dan Budaya (GPPSB) akan dibuka mulai 1 April 2022. 

Untuk makluman, pelaksanaan GPPSB telah diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2022 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC.

Geran ini diwujudkan untuk membantu para penggiat industri dari pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran program/acara pelancongan, seni dan budaya yang berimpak tinggi pada tahun 2022.

Menerusi geran ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 50 juta adalah untuk menyemarakkan dan merancakkan semula sektor pelancongan dan kebudayaan yang terjejas teruk susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2 tahun yang lalu.

Kategori Geran

GPPSB terbahagi kepada dua kategori geran iaitu:

  • Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP)
  • Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK)

GSSP adalah geran yang memberikan fokus ke atas penganjuran program/acara domestik dan antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka semula.

Manakala GSSK pula merupakan geran memberi fokus ke atas penganjuran seni dan budaya yang berimpak tinggi.

Jumlah Peruntukan

i) GSSP

Untuk GSSP, jumlah peruntukan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Domestik – siling maksimum sehingga RM500,000.00
  • Antarabangsa – siling maksimum sehingga RM1,000,000.00

ii) GSSK

Bagi GSSK, jumlah peruntukan maksimum yang boleh dipertimbangkan adalah sebanyak RM500,000 sahaja bagi 1 penganjuran program dan acara sahaja dalam tahun 2022 dalam negara.

Bagi permohonan oleh NGO/NPO, peruntukan yang akan diberikan adalah maksimum sehingga 90% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan.

Untuk syarikat pula, peruntukan maksimum diperuntukkan sehingga 80% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan.

Cara Memohon

Permohonan geran ini akan dibuka pada 1 April 2022 dan sebarang maklumat terbaharu mengenai permohonan akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai GPPSB, sila layari laman web https://www.tourism.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.