Advertisements

Permohonan Program Pembiayaan Mikro Sehingga RM50,000

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengumumkan permohonan Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil telah dibuka.

Menurut beliau, Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2021 pada 3 Disember 2021 yang lalu.

Pelaksanaan program pembiayaan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM48.52 juta bagi membantu penjaja dan peniaga kecil yang memerlukan bantuan pembiayaan.

Pelaksanaan program ini adalah sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19 dan juga bencana alam yang melanda.

Tujuan Pembiayaan

Tujuan pembiayaan adalah pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan lain-lain.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditawarkan menerusi program pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Usahawan Informal: Pembiayaan maksimum RM10,000.
  • Usahawan Mikro: Pembiayaan sehingga RM50,000.

Tempoh Bayaran Balik

Program pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan diberikan moratorium selama 12 bulan.

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga 5 tahun.

Tempoh Kelulusan Permohonan

Tempoh kelulusan permohonan bagi pemohon yang membuat permohonan program pembiayaan ini adalah dalam tempoh seminggu sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon program pembiayaan ini boleh membuat permohonan di Bank Rakyat yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil, sila layari laman web https://www.bankrakyat.com.my/ atau https://www.medac.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.