Advertisements

Pembayaran STR Fasa 1 Mulai 17 Januari 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 yang sebelum ini dikenali sebagai Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mula dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.

STR ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, dan warga emas tiada pasangan.

Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Pembayaran bantuan ini diawalkan pada Januari 2023 berbanding Mac 2023 seperti yang dijadualkan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Pembayaran bantuan STR ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion kepada tiga kategori penerima yang disebutkan sebelum ini.

Kemaskini Belanjawan 2023

Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari telah mengumumkan bahawa Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan hingga RM2,500 bawah program ini bergantung pada bilangan anak anda.

Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga bersetuju untuk memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin mengikut data e-Kasih sedia ada.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

Hal ini bermaksud, Keluarga dalam kategori miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum 3,100 ringgit.

STR

Kategori Penerima

Kategori penerima untuk pembayaran BKM ini adalah seperti berikut:

Jumlah Pembayaran Fasa 1

Pembayaran bagi Fasa 1 akan melibatkan jumlah seperti berikut:

Kategori PenerimaJumlah PenerimaJumlah STRImplikasi Kewangan (RM bilion)
Isi rumah4.0 jutaRM3001.2
Warga Emas Tiada Pasangan1.2 jutaRM1000.12
Bujang3.5 jutaRM1000.35
Jumlah8.7 jutaRM1.67 bilion

Proses Pembayaran

Proses pembayaran STR ini akan dikreditkan seperti berikut:

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.

Semakan Status Pembayaran

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ mulai 17 Januari 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 1, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.