Pas MyRailLife merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Jalan Raya, yang diwujudkan bagi meringankan beban rakyat dan dalam pada yang sama bagi mengalakkan penggunaan kenderaan awam dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pas pengangkutan MyRail Life ini, anda boleh teruskan pembacaan sehingga ke penghujung artikel.
Apa itu Pas MyRailLife?
Pas pengangkutan MyRail Life ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Kerajaan Perpaduan di mana kerajaan bersetuju untuk memberikan pas perjalanan secara percuma.
Namun begitu, pas ini hanya terhad kepada dua kategori pengguna warganegara sahaja iaitu:
- Pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan;
- Orang Kurang Upaya (OKU)
Kerajaan Perpaduan memilih untuk memperkenalkan Pas ini bagi meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Selain itu, kerajaan juga berharap dengan cara ini ia dapat menggalak pelajar sekolah dan golongan OKU untuk menggunakan pengangkutan awam.
Tempoh penggunaan Pas MyRailLife bermula 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.
Laluan Perjalanan Pas Pengangkutan ini
Pas pengangkutan percuma ini juga hanya boleh digunakan bagi laluan perjalanan tertentu sahaja iaitu:
- Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat.
- Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang.
- Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang
- Batu Caves– Pulau Sebang Batu Caves
- Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara.
- Padang Besar – Butterworth – Padang Besar
- Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas
Kaedah Mendapatkan Pas MyRailLife
Jika anda merupakan individu dalam dua kategori yang telah dinyatakan, anda boleh mendapatkan pas MyRailLife dengan cara berikut ;
- Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):
- Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang (Passenger Name Record (PNR)) secara dalam talian melalui aplikasi KITS atau boleh dilakukan melalui laman sesawang KTMB.
- Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat.
- Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:
- Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang secara dalam talian melalui aplikasi KITS atau melalui laman sesawang KTMB.
- Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth atau di laluan Padang Rengas – Butterworth.
- Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:
- Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.
*Nota: Pas Perjalanan MyRailLife ini adalah percuma untuk yang layak mendapatkannya, oleh itu tiada sebarang pembayaran yang akan dikenakan sewaktu pendaftaran dilakukan.
Dokumen yang Diperlukan Sewaktu Pendaftaran
Anda juga perlu membawa dokumen-dokumen seperti berikut sewaktu melakukan pendaftaran Pas Perjalanan Percuma ini:
- No. PNR
- MyKad/MyKid/Sijil Lahir (Bagi Pelajar Sekolah)
- Kad OKU
- Dokumen Pengesahan daripada pihak sekolah ( Bagi Pelajar Tingkatan 6 sahaja)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat tambahan anda boleh membaca infografik yang telah disediakan oleh pihak KTMB dibawah:
Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui laman sesawang KTMB di atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.
Atau anda boleh melihat maklumat terkini berkenaan MyRailLife melalui media sosial rasmi KTMB:
- Facebook: KTM Berhad
- Twitter: @ktm_berhad
- Instagram: KTMB official