Orang ramai yang ingin membuat penyewaan tapak bazar Ramadhan pada tahun 2023 di Putrajaya di bawah Perbadanan Putrajaya (PPj), permohonan penyewaan tapak telah dibuka.
Untuk makluman, bulan Ramadhan merupakan bulan rezeki bagi sesetengah individu terutamanya untuk melakukan perniagaan.
Salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai sempenan bulan Ramadhan adalah bazar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah makanan untuk berbuka puasa.
Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 16 Januari 2023 jam 5 petang.
Lokasi Tapak & Bayaran
Bazar Ramadhan ini adakan diadakan di Presint 3, Putrajaya.
Sebanyak 300 dengan bayaran seperti berikut:
- Bulanan: RM1000
- Deposit: RM500
- Lesen Penjaja sementara: RM60
Syarat Permohonan
Syarat permohonan penyewaan tapak ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan (suami/isteri) mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Telah mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga.
- Pemohon dan pembantu hendaklah mendapatkan suntikan Typoid.
- Tiada sebarang kompaun/tunggakan sewaan/cukai dengan PPj.
- Mempunyai Sijil Pengendalian Makanan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan berikut: https://forms.gle/aRKRzevyWLipLhNR8.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Gambar.
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan Sijil SSM yang beserta pemilik perniagaan.
- Salinan suntikan typoid.
- Salinan Sijil Pengendali Makanan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Urusetia Bazar Ramadan 2023,
Bahagian Pelesenan,
Aras 5, Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya,
No. 24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675, Putrajaya.
No Telefon : 03 8887 7657/7231.