Advertisements

Program Asasi TVET: Pengenalan, Kelebihan & Syarat Kemasukan

Program Asasi TVET merupakan satu program baharu yang diwujudkan bagi memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan. 

Permohonan bagi menyertai program ini telah pun dibuka bagi ambilan sesi 1 2023/2024, untuk anda yang berminat untuk menyertai program ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel bagi mengetahui lebih lanjut tentang program ini.

Program Asasi TVET

Seperti yang dinyatakan di bahagian awal tadi, Program Asasi TVET ini merupakan satu program baharu yang diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi memperluaskan memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET.

Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan  pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.

Senarai lima buah politeknik yang terlibat adalah:

Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa. 

Program-Asasi-TVET

Kelebihan Program

Kelebihan yang anda peroleh daripada program ini adalah dengan menyertai program ini anda diberikan keutamaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Program-Asasi-TVET

Syarat Kemasukan

Dibawah merupakan syarat kemasukan yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat mengikuti program asasi ini:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik
    4. Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    5. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Cara Memohon Program Asasi TVET

Bagi anda yang berminat permohonan untuk menyertai program asasi ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.
  2. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Akaun’ untuk mengisi semua maklumat pemohon.
  3. Klik butang ‘Daftar’ untuk memastikan proses pendaftaran selesai.
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan.
  6. Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
  7. Cetak Slip permohonan sebagai bukti.

Tempoh Pengajian

Jika anda telah mendapat tempat untuk menyambung pelajaran anda dalam program ini, anda akan menjalaninya selama setahun (2 Semester), dan jika anda menyambung ijazah sarjana muda anda akan menjalaninya selama 4 Tahun.

Oleh itu, secara keseluruhannya, untuk anda mendapatkan ijazah sarjana muda dengan mengikuti Program Asasi TVET ini, anda akan menjalani pengajian selama 5 Tahun sahaja.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat tembahan, anda boleh menghubungi pihak bertanggungjawab di:  

Baca juga: e-Tunai Belia Rahmah : Syarat & Cara Pendaftaran

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.