Advertisements

Semakan Keputusan SPM 2023 Secara Online / SMS

Semakan Keputusan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada 27 Mei 2024 (Isnin) bermula dari 10 pagi.

Penting! Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS tidak menyokong semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Buat adik-adik yang bakal mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, anda boleh melakukan semakan melalui kaedah-kaedah yang kami kongsikan di bawah.

Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau pelajar boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.

Cara Semakan Keputusan SPM 2023

KPM telah menyediakan beberapa cara untuk anda lakukan semakan keputusan SPM 2023 selain pergi terus ke sekolah:

LANGKAH 1: SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

Pada kaedah pertama ini, pelajar boleh melakukan semakan keputusan SPM dengan menghantar SMS melalui cara berikut:

  1. Taip SPM<jarak>No. KP<jarak>Angka Giliran
  2. Hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024.

LANGKAH 2: ONLINE

Pelajar juga boleh melakukan semakan keputusan SPM secara atas talian di pautan myresultspm.moe.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada bahagian yang dinyatakan.

Seperti perkhidmatan SMS, perkhidmatan atas talian ini juga akan bermula pada pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024.

LANGKAH 3: MELALUI SEKOLAH

Bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet atau peranti mudah alih seperti laptop atau telefon pintar, anda boleh melakukan semakan di sekolah pada tarikh dan waktu yang sama.

Semak Semula Keputusan SPM 2023

Kepada pelajar yang tidak berpuas hati atau tidak yakin akan keputusan SPM yang dikeluarkan, anda boleh melakukan semakan semula keputusan SPM 2023 dengan caj RM100.

Semakan semula ini boleh dilakukan bermula 30 hari selepas keputusan keluar. Anda boleh melakukan permohonan di elp.moe.gov.my.

Permohonan Ke Universiti Awam

Bagi calon yang ingin melanjutkan pelajar ke Universiti Awam, pastikan anda membuat permohonan UPU bagi kemasukan sesi 2024 / 2025.

Bagi yang ingin membina kerjaya sebagai seorang guru, anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).