Advertisements

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019

Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak tadika / sekolah rendah / menengah — permohonan Sumbangan Pendidikan Anak Selangor 2019 (SPZAS) dibuka bermula hari ini 11 Disember sehingga 10 Februari nanti.

Bantuan ini akan disalurkan kepada golongan sasar B40 sama seperti pemberian Bantuan Sara Hidup yang lebih bersifat adil.

Antara objektif utama Sumbangan Pendidikan Anak Selangor 2019 adalah untuk membantu golongan pendapatan pertengahan dari segi pendidikan dimana golongan ini adalah golongan yang hampir kepada kemiskinan.

Selain itu, pemberian zakat ini juga diharapkan dapat mengurangkan kos pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor di samping dapat menggalakkan golongan pertengahan untuk membayar zakat selaras dengan bantuan agihan zakat juga turut diagihkan kepada mereka.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan SPZAS sekolah rendah / menengah adalah seperti berikut:

  • Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari dengan melayari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di https://spzasrm.zakatselangor.com.my dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahunPermohonan hanya untuk pra sekolah/tadika hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2019 sahaja)
  • Pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000.00

Permohonan hanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur dari 5 hingga 17 tahun sahaja.

Namun permohonan ini tidak layak untuk mana-mana Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS.

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon sumbangan tersebut, sila layari portal rasmi Lembaga Zakat Selangor di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/

Selain bantuan persekolahan sekolah rendah / menengah, LZS juga menyediakan SPZAS untuk siswa / siswazah.

Maklumat lanjut seperti di bawah…

Mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan pengajian untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Awam digalakkan memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 (SPZAS).

Permohonan telah pun dibuka secara online melalui portal rasmi Lembaga Zakat Selangor.

Permohonan akan ditutup pada 31 Ogos 2018 atau apabila telah mencapai had peruntukan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM6.5 juta.

SPZAS merupakan satu lagi insentif peduli rakyat yang diperkenalkan di negeri Selangor bagi meringankan beban kos pengajian yang semakin meningkat saban tahun.

Baca: Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2018

Sebelum ini, SPZAS dikenali sebagai Bantuan Umum Pelajaran (BUP) yang telah wujud sejak 1994 lagi. Kemudian perlaksanaan SPZAS semakin diperkemas dan ditambah baik supaya adil dan menyeluruh terutama kepada golongan berpendapatan pertengahan.

Objektif SPZAS

Antara tujuan utama diperkenalkan SPZAS tentulah untuk membantu golongan berpendapatan rendah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, pemberian sumbangan ini juga sebagai salah satu “hadiah” kepada anak Selangor yang memenuhi syarat kelayakan agar dapat meringankan kos pengajian mereka.

Dan diharapkan pengenalan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor ini sedikit sebanyak memberi dorongan dan galakan kepada golongan pertengahan untuk mengeluarkan zakat mereka selaras dengan agihan zakat yang akan turut diberikan kepada mereka melalui sumbangan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan golongan pertengahan?

Golongan pertengahan adalah golongan yang berada di luar daripada garis kecukupan Haddul Kifayah serta isi rumah yang berpendapatan 40% (peratus) terendah di dalam masyarakat. Golongan ini juga paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup.

Syarat Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Untuk makluman, hanya permohonan secara online akan diproses.

Pemohon boleh memohon sumbangan ini melalui portal rasmi Lembaga Zakat Selangor atau layari http://www.zakatselangor.com.my/spzas/

Berikut antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  • Permohonan hanya untuk semester kedua(IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.

Permohonan hanya terbuka kepada bidang-bidang pengajian berikut (termasuk pengajian separuh masa):

  • Sijil
  • Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  • Diploma/Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  • Ijazah Sarjana (Master)

Sekiranya anda telah menerima bantuan dari LZS melalui kategori Asnaf Fakir, Miskin, Muallaf Fisabilillah tidak layak memohon bantuan ini.

Dokumen Diperlukan

Pemohon perlu melampirkan beberapa dokumen penting seperti di bawah bagi tujuan pengesahan, antaranya:

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji)
  6. *Borang/Surat Pengesahan Belajar daripada IPT (download)
  7. *Borang Pengesahan Permastautinan (download)
  8. Penyata Akaun Bank (Bagi Pengesahan No Akaun Bank) (download)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)

LZS akan memaklumkan status permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja. Sekiranya permohonan anda lulus, sumbangan akan dikreditkan ke akaun pemohon secara online.

Jumlah sumbangan adalah RM700 seorang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343.