kwapm 2019

Permohonan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2019

Selain bantuan awal persekolahan, Kementerian Pendidikan juga memperkenalkan skim Kumpulan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin atau KWAPM 2019.

Berikut kami kongsikan panduan cara memohon skim tersebut dan juga apakah syarat-syarat kelayakan bagi memohon KWAPM.

Baca juga: Kemaskini Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

Kumpulan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin

KWAPM ditubuhkan bagi membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh

Kadar Bantuan KWAPM 2019

Sebanyak RM100 disediakan untuk murid sekolah rendah manakala pelajar sekolah menengah akan menerima RM150 bantuan am persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain barang keperluan sekolah.

Syarat Kelayakan

Untuk memohon bantuan ini, anda mestilah memenuhi beberap syarat kelayakan seperti di bawah:

  • Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
  • Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  • Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:
  • Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Berminat Untuk Menyumbang?

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang ke tabung bantuan KWAPM, anda boleh menghantar sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut: Maybank 5640 1611 7704

Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8000 8000

Info lanjut layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 14.4K
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.