Advertisements

Senarai Lebuh Raya Tol Percuma & Diskaun Sempena Aidilfitri

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan tol percuma dan diskaun sehingga 50% bagi lebuh raya yang terlibat.

Beliau berkata, keputusan kerajaan juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Pemberian tol percuma dan diskaun ini akan melibatkan sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.

Jumlah kos pelaksanaan tol percuma dan diskaun ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan tol percuma dan diskaun ini akan bermula pada:

  • Jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) untuk semua kelas kenderaan.
  • Jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) untuk semua kelas kenderaan.

Senarai Lebuh Raya Tol Percuma

Senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma adalah seperti berikut:

  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
  • Lebuhraya KL – Karak (KLK)

Senarai Lebuh Raya Diskaun 50%

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

Senarai Lebuh Raya Diskaun 30%

  • Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (JPP2)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tol-percuma-diskaun-untuk-balik-kampung-sempena-aidilfitri-perdana-menteri-358503

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.