Individu di bawah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini berpeluang menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil menerusi Program Skim Tunas Agro (STAg).
STAg merupakan program terbaharu yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA untuk memberi peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil.
Tujuan umum pelaksanaan program adalah untuk melahirkan usahawan pertanian baharu terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.
Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 23 Mei 2022.
Objektif Program
Objektif pelaksanaan program ini diwujudkan adalah seperti berikut:
- Memberi peluang dan galakkan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.
- Membantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak melaksanakan projek pertanian.
- Dapat melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian di samping menjana pendapatan sampingan.
Syarat Permohonan
Pemohon yang ingin membuata permohonan perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:
- Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus pertanian di bawah anjuran KEJORA sekurang-kurangnya sekali.
- Pemohon mestilah berumur diantara 18 hingga 40 tahun pada tahun permohonan.
- Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah tidak diwajibkan.
- Pemohon mestilah berstatus Bumiputera/
- Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 bagi setiap projek.
- Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar.
Syarat Lain
Syarat lain yang ditetapkan oleh pihak KEJORA adalah seperti berikut:
- Memiliki tapak projek
- Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA
- Memiliki akaun persendirian atau akaun projek
- Memiliki sijil kursus & latihan pertanian anjuran KEJORA
- Mengemukakan kertas cadangan perniagaan
- Penduduk dalam wilayah KEJORA
- Mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, pendaftaran perniagaan, penyata bank dan mendapatkan pengesahan daripada majikan/penghulu/Ketua Kampung/Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19.
- Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat yang diperlukan di tempat kosong yang disediakan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan
- Sijil Penyertaan kursus-kursus pertanian anjuran KEJORA
- Pendaftaran perniagaan
- Penyata bank
- Kertas Cadangan Perancangan Perniagaan
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai STAg, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.