Advertisements

Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Negeri Sembilan RM1,000

Advertisements

Golongan fakir miskin di Negeri Sembilan bakal mendapat berita gembira apabila Kerajaan Negeri Sembilan akan menyalurkan sumbangan Aidilfitri kepada golongan tersebut sebanyak RM1,000.

Sumbangan Aidilfitri yang akan diterima ini adalah sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pemberian bantuan ini akan melibatkan sebanyak 2,844 fakir dan 1,785 dari golongan miskin.

Pemberian bantuan ini dilakukan bagi meringankan beban mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri disamping kenaikan harga barang keperluan yang dihadapi oleh rakyat.

Mengenai Sumbangan

Untuk makluman, sebelum ini pihak MAINS telah mengumumkan pemberian sumbangan RM700.00 untuk golongan fakir dan RM500.00 untuk golongan miskin menjadikan golongan Fakir.

Kini, pihak MBI telah menambah sumbangan tersebut sebanyak RM300.00 menjadikan golongan fakir di Negeri Sembilan akan mendapat RM1000.00 manakala golongan miskin akan mendapat RM800.

Penambahan sumbangan tersebut melibatkan jumlah sebanyak sebanyak RM1.388 juta melalui hasil dividen bagi Projek Khas Pembangunan Tanah MBI NS dengan Felcra Berhad yang pertama kali diterima.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Had Kifayah Fakir & Miskin

Pihak MAINS sebelum ini telah membentangkan kadar perkiraan baru Had Kifayah Asnaf Fakir dan Miskin dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa dan diluluskan berdasarkan Jawapan Keputusan Fatwa bertarikh 23 Jun 2020M bersamaan 1 Zulkaedah 1441H.

Ini bermakna, penetapan kadar Had Kifayah baru bagi Asnaf Fakir bagi kawasan bandar adalah sebanyak RM1,208.00 dan luar bandar sebanyak RM1,115.00.

Manakala, kadar Had Kifayah Asnaf Miskin bagi bandar adalah RM2,418.00 dan luar bandar sebanyak RM2,231.00.

Kadar Bantuan Baharu

Selepas penetapan baharu tersebut, kadar bantuan asnaf Fakir akan menerima bantuan minimum sebanyak RM250.00 sebulan dan maksimum RM800.00 sebulan mengikut jumlah isi rumah.

Asnaf Miskin menerima bantuan minimum sebanyak RM250.00 sebulan dan maksimum sebanyak RM550.00 sebulan mengikut jumlah isi rumah.

Info daripada Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan https://www.facebook.com/dsaminuddinharun.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.