Advertisements

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Penerangannya

Ujian Akhir Sesi Akademik atau UASA merupakan ujian peringkat sekolah yang akan dilaksanakan sebagai sebahagian sumatif Pembelajaran Bilik Darjah, pada akhir persekolahan.

Ujian ini akan dijalakan ke atas pelajar tahap dua sekolah rendah dan pelajar di peringkat menengah rendah sahaja. Ujian ini telah mula dilaksanakan pada bulan Januari 2023

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Ujian Akhir Sesi Akademik ini dan cara pelaksanaannya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu UASA?

Bermula tahun lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah melaksanakan UASA atau Ujian Akhir Sesi Akademik di semua sekolah terlibat.

Ujian ini bukanlah ujian pentaksiran pusat seperti UPSR dan PT3 tetapi ia merupakan satu ujian akhir tahun yang perlu diduduki oleh pelajar terlibat bagi menguji tahap kognitif mereka.

Ianya dilakukan bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai tahap pencapaian akademik pelajar ataupun kandungan yang dipelajari setiap pelajar sepanjang sesi pembelajaran akademik.

Melalui ujian ini, ia dapat membantu dalam memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan pelajar dan dalam masa yang sama membantu guru merancang dan menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi pelajar mereka.

Pelajar Terlibat UASA

Bagi pelajar sekolah rendah, hanya pelajar tahap dua sahaja yang terlibat. Pelajar tahap dua merangkumi pelajar:

  • Tahun 4
  • Tahun 5
  • Tahun 6

Manakala bagi pelajar sekolah menengah, ia melibatkan pelajar peringkat menengah rendah sahaja iaitu pelajar:

  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3

NOTA: Semua pelajar tahap 2 sekolah rendah dan pelajar peringkat menengah rendah yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) akan menduduki UASA ini.

Matapelajaran Terlibat

Bagi pelajar sekolah rendah tahap dua, Ujian Akhir Sesi Akademik anda hanya melibatkan lima mata pelajaran sahaja iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah

Manakala bagi pelajar Sekolah Menengah peringkat menengah rendah, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan dan anda akan menduduki peperiksaan bagi subjek yang bersesuaian dengan pendidikan anda:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Maharat al-Quran
  • Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  • Al-Syariah
  • Usul Al-Din
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tambil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Semai

Format Ujian Akhir Sesi Akademi

Berikut adalah format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi pelajar sekolah rendah tahap dua dan pelajar sekolah menengah peringkat menengah rendah:

SubjekFormat
Sains (Tahun 4,5,6)Bahagian A: 10 soalan objektif aneka pilihan
Bahagian B: 2 soalan objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 4 soalan struktur
Sains (Tingkatan 1,2,3)Bahagian A: 20 soalan objektif aneka pilihan
Bahagian B: 5 Soalan objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 6 Soalan struktur
Matematik (Tahun 4,5,6)Bahagian A: 13 soalan respon terhad
Bahagian B: 2 soalan struktur
Matematik (Tingkatan 1,2,3)Bahagian A: 20 soalan objektif aneka pilihan
Bahagian B: 5 soalan objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 6 soalan subjektif (respons terhad & berstruktur)
Sejarah (Tahun 4,5,6)Bahagian A: 20 soalan objektif aneka pilihan
Bahagian B: 4 soalan objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 2 soalan subjektif respons terhad
Sejarah (Tingkatan 1,2,3)Bahagian A: 20 soalan objektif aneka pilihan
Bahagian B: 4 soalan subjektif respons terhad
Bahagian C: 2 soalan subjektif respons terbuka
Bahasa Melayu (Tahun 4,5,6)Bahagian A: 10 Soalan objektif aneka pilihan
Bahagian B: 1 Soalan objektif pelbagai bentuk dan subjektif respons terhad
Bahagian C: 1 Soalan subjektif respons terbuka
Bahagian D: 1 Soalan subjektif respons terbuka
Bahasa Melayu (Tingkatan 1,2,3)Kertas 1 Ujian Bertulis – Pemahaman
–Bahagian A:
15 Soalan Objektif Aneka Pilihan
–Bahagian B: 4 soalan pemahaman petikan dan 1 soalan novel KOMSAS
–Bahagian C: Soalan Subjektif Respons Terhad

Kertas 2 Ujian Bertulis – Penulisan
–Bahagian A:
Soalan Subjektif Respons Terhad
–Bahagian B: Soalan Subjektif Respons Terbuka
English (Tahun 4,5,6)Bahagian A: Soalan objektif pelbagai bentuk
Bahagian B: 5 Soalan subjektif dan 2 karangan
English (Tingkatan 1,2,3)Kertas 1 Ujian Bertulis
–Bahagian A: 8 Soalan objek aneka pilihan
–Bahagian B: Pembetulan ralat dalam teks lanjutan
–Bahagian C:
Pemindahan maklumat daripada teks lanjutan
–Bahagian D:
Jawapan ringkas dan Betul dan Salah berdasarkan teks lanjutan
–Bahagian E:
Petikan Cloze dan teks lanjutan

Kertas 2 : Penulisan
–Bahagian A:
Karangan 80 patah perkataan.
–Bahagian B: Karangan Berdasarkan Peta Minda
Untuk format peperiksaan bagi subjek lain anda boleh lihat di sini.

Tarikh Pelaksanaan Ujian

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahun 2023 ini berkemungkinan akan dijalankan pada pertengahan bulan Januari 2024.

Hal ini demikian kerana, pada minggu pertama Januari 2024, pihak sekolah diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah.

Kemudian, pentadbiran ujian akhir sesi akademik serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian. Tarikh pelaksanaan boleh dirujuk dalam gambar rajah di bawah:

uasa-2023

Tahap Penguasaan UASA (Sistem Grading)

Tahap penilaian atau penguasaan UASA ini tidak akan menggunakan format gred (A, B, C, dll), sebaliknya pelajar akan diukur menggunakan sistem baharu iaitu Tahap Penguasaan (TP).

Sistem ini diukur dari TP1 hingga TP6 mengikuti deskriptif tahap tersebut, seperti yang dinyatakan di bawah:

  1. TP 1: Tahu
    • Pelajar boleh melaksanakan tugas asas, memiliki pengetahuan asas, atau bertindak balas terhadap situasi mudah.
  2. TP 2: Tahu dan Faham
    • Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah dan menghuraikan apa yang telah mereka pelajari.
  3. TP 3: Tahu, Faham dan Boleh Buat
    • Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah, menghuraikan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.
  4. TP 4: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    • Pelajar mempraktikkan sesuatu kemahiran dengan melalui proses atau secara berkaedah.
  5. TP 5: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    • Pelajar menunjukkan bakat dalam suasana novel dengan mematuhi protokol atau bertindak secara teratur, konsisten dan positif.
  6. TP 6: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    • Pelajar mampu bersikap optimistik, kreatif, dan berimaginasi, dan mereka boleh menunjukkan contoh dengan menggunakan pengetahuan dan kebolehan mereka secara sistematik untuk situasi baharu.

Garis Panduan Ujian Akhir Sesi Akademik

Bagi anda yang ingin mengetahui garis panduan UASA ini dengan lebih mendalam anda boleh lihat dalam garis panduan yang disediakan di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.