Advertisements

Permohonan Residensi Prihatin: Rumah Mampu Milik B40 Wilayah Persekutuan

Advertisements

Kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan yang ingin memiliki rumah namun tidak berkemampuan, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif baharu bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan memilik rumah iaitu Residensi Prihatin.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Residensi Prihatin adalah program Perumahan Mampu Milik bagi golongan B40 yang mana perumahan tersebut akan dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Tujuan utama Residensi Prihatin diperkenalkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana memiliki rumah pertama mereka di Wilayah Persekutuan dengan kos yang mampu dimiliki.

Kementerian Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk membina 10,000 unit rumah Residensi Prihatin di di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tempoh 3 tahun mulai 2021 hingga 2024.

Dengan pelaksanaan Residensi Prihatin, projek ini merupakan pelengkap kepada program sedia ada dalam usaha Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.

Harga & Saiz Rumah

Harga jualan yang ditawarkan untuk rumah Residensi Prihatin adalah RM200,000 dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.

Saiz tersebut merangkumi:

  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Ruang Makan
  • 1 tempat letak kereta berbumbung (tidak termasuk dalam saiz rumah).

Senarai Projek

Buat masa ini hanya 2 projek Residensi Prihatin yang ditawarkan untuk para pembeli iaitu:

Nama ResidensiKawasan
Residensi Prihatin KenangaPutrajaya
Residensi Prihatin MelurPutrajaya

Walau bagaimanapun, projek-projek terbaharu Residensi Prihatin yang akan datang akan dikemaskini di dalam Portal Residensi Prihatin.

Syarat Kelayakan

Untuk mereka yang berminat untuk memohon rumah Residensi Prihatin, mereka perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
  3. Sekatan penjualan (moratorium) rumah tersebut adalah selama 10 tahun.
  4. Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  5. Permohonan adalah untuk rumah pertama sahaja.
  6. Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin.
  7. Jika pemohon sebelum ini telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP), mereka tidak boleh memohon projek Residensi Prihatin.

Cara Memohon

Bagi pemohon yang ingin memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Minat.’
  3. Kemudian, klik butang ‘Saya Layak.’
  4. Lengkapkan maklumat dan profil peribadi.
  5. Pilih projek yang diminati.
  6. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  7. Muat naik Dokumen Permohonan.
  8. Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut.

Dokumen Permohonan

Dokumen permohonan ini perlu dimuat naik di dalam Portal Residensi Prihatin bagi melengkapkan permohonan.

Pemohon

  1. Surat Akuan Sumpah
  2. Salinan kad pengenalan pemohon (MyKad) dan Sijil Kelahiran Pemohon bagi Projek Bumiputera Lot/Tanah Rizab Melayu sahaja.
  3. 3 bulan Penyata Gaji Terkini pemohon atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  4. Penyata KWSP terkini pemohon dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
  5. Surat Pengesahan Majikan Terkini pemohon atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
  6. Bil elektrik terkini dan bil air tempat tinggal atau dokumen lain sebagai bukti alamat kediaman.
  7. Salinan kad OKU pemohon (jika berkaitan).
  8. Salinan Geran/Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) harta yang dimiliki (pemohon dan atau pasangan) (jika berkaitan).

Pasangan

  1. Penyata KWSP terkini pasangan dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
  2. 3 bulan Penyata Gaji Terkini pasangan atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  3. Salinan kad pengenalan pasangan (MyKad) atau passport pasangan.
  4. Surat Pengesahan Majikan Terkini pasangan atau Surat Akuan Sumpah suami sekiranya tidak bekerja atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
  5. Sijil kelahiran/MyKid anak.
  6. Salinan Kad OKU pasangan/anak (jika berkaitan).
  7. Salinan Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian.
  8. Salinan Perjanjian Jual Beli Tanah yang dimiliki pasangan/geran (jika berkaitan)

Penama Kedua (selain pasangan)

  1. Salinan Surat Kelahiran pemohon dan penama kedua (bagi ibu/bapa/adik beradik).
  2. Salinan Surat Kelahiran Penama Kedua.
  3. Salinan Kad Pengenalan Penama Kedua.
  4. 3 bulan Penyata Gaji Terkini penama kedua atau penyata bank 3 bulan terkini bagi penama kedua yang tiada slip gaji atau tidak bekerja.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan mengenai Residensi Prihatin boleh disalurkan melalui talian 03-8889 7640 atau email [email protected]

Maklumat lanjut mengenai Residensi Prihatin boleh dilihat melalui laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.